Tuesday, 9 September 2014

Kerja Tetap Kerja

...terlalu banyak kerja yang boleh kita lakukan bila tiba waktu senang. Orang kampung aku kata, kerja sambil bersenang lenang, Aku dan bekas Ketua Polis Negeri sembilan, Dato Md Noor serta bekas Jurutera kilang APMC, membuat kerja amal di Masjid Al Ehsaniah...

...melihat bunga segar dan suasana ceria kepada pengunjung masjid, suatu sinar yang membangkitkan aura ahli kariah untuk bersantai sebelum dan selepas menghadap Rabbul Jalil.

aku juga melibatkan diri dalam mencantikkan kem, di mana saja aku berkhidmat, di situ ada sentuhan unik aku termasuklah di SMK Convent Bukit Nanas, TADIKA JICA Rawang, pintu masuk utama Markas 6 RRD dan sebagainya.

...aku kini menyelenggarakan beberapa rumah banglo terutama di Kg Melayu Batu 16 dan Anggun 2.

kepuasan menanam rumput, apabila naik seri hijaunya, ...hilang letih meratakan tanah seberat 30 tan itu dan menyiram sambil menginjak-injak rumput merupakan terapi setiap hari aku kini.

...inilah impian sejak masih berkhidmat, kini di ruang lapang yang kosong dipenuhi kerja yang tak pernah siap.

2014, menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia di dalam tugas mencantikkan laman mereka...