Sunday, 8 November 2015

Teka teki penempatan kerjaya Anwar

8 Nov 2015 - tarikh yang dijangka menjadi titik tolak kepada lokasi kerjaya Inspektor Anwar...

1 Dis 2015, melapor diri di IPK Sabah. Tiba di sana dan mencari penginapan di hotel sekitar Bandaraya Kota Kinabalu untuk kursus Suai-kenal tempat baru kepada penjawat PDRM.


15 Dis 2015 dikehendaki melaporkan diri di IPD Kota Marudu sebagai Pegawai Penyiasat 1 JSJ...

; menjalankan tugas yang diarahkan pegawai atasannya hingga memperoleh pelbagai pengalaman berguna di dalam organisasi PDRM.

Setiap Hujung Tahun

Akhir tahun 2015 bermula selepas Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha membawa kepada Sambutan Maal Hijrah serta Maulidur Rasul.

Tambahan di Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya, pelbagai karnival dan pesta memenuhi ruang harian penduduk kota untuk memilih mana satu destinasi pilihan kepada keluarga untuk membawa anak-anak berpergian meninggalkan rumah yang didiami tanpa jemu. Sesekali anak-anak merengek untuk keluar makan angin.

Aku tidak ketinggalan mengikuti perjalanan Karnival Terengganu yang diadakan di Dataran Merdeka minggu lepas. Kami membawa Usin dan disertai Zulaiha. Turut serta Anwar dan seorang pelatih wanita yang baru saja dikenali sambil singgah minum di Jalan TAR...

Hujung tahun ini, 10 Nov ada pesta Depavali dan beberapa majlis kenduri yang akan disertai nanti. Juga, sambutan hari kelahiran Usin pada 28 November ini...

Lega kerana beberapa sebab

Pagi 7 Nov 2015, seawal 4.30 pagi aku dan isteri bangun awal...jarang sebegitu awal sepanjang berada di Rawang tetapi pagi ini anak sulong akan menyertai Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor PDRM Siri 1/2015 yang disertai 511 orang pelatih...

Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi bersama anak bongsu yang bercuti seminggu dan ke Masjid Khalid Al Walid untuk solat subuh sebelum bersarapan di gerai depan pulapol itu.

Jam 7 pagi, kenderaan awam berpusu-pusu memasuki perkarangan pulapol dan orang ramai mulai membanjiri setiap ceruk mengelilingi padang kawad untuk memilih sudut pandangan yang diingini.

Tanpa berlengah, kami mencari tempat dan bertembung dengan platun kawalan kehormatan yang disertai anwar...

7.30 pagi - Aturcara majlis berjalan seperti dirancangkan dan para kadet mengambil tempat masing-masing...

Panggilan tanda dan anggota detechmen masuk padang diikuti kawalan kehormatan seterusnya ketibaan dif-dif kehormat seterusnya menyambut ketibaan DIG DS Noor Rashid Ibrahim, TKPN.

Sehingga habis perbarisan, segalanya berjalan teratur dan mempamerkan kecekapan semua pihak dan ucapan terima kasih kepada Komandan yang berjaya mengurus serta mengelolakan perjalanan kurus asas yang menjadi titik tolak kerjaya seorang pegawai polis.

Syabas kepada semua pelatih dan yang dilatih...anda berjaya membuktikan semangat berkobar memberi keyakinan untuk berjaya dalam kerjaya nanti.

Thursday, 29 October 2015

54 tahun usiaku

Hari jumaat, 23 Oktober yang lalu mencapai usia genap 54 tahun dan pejalanan ini semakin menuju maghib...insyaAllah sampai ketikanya aku dihantar ke alam lain dari alam dunia yang fana ini...destinasi seterusnya bakal menempuh pelbagai rintangan sebelum menuju alam syurga.

Syukur, hari ini aku mendapat ucapan dari anak-anak sejak awal pagi...terutama anak bongsu yang setia memberi pelbagai rintihan...mengucapkan terima kasih kerana istiqamah dalam mengatur perjalanan kehidupan keluarga ini.

Tidak lupa juga, ucapan bertali arus dari sahabat grup 61 yang terdiri dari kalangan generasi kedua felda lasah yang bersekolah rendah mulai tahun 1968 - 1973.

24hb, aku bertolak balik kampung dan tiba di sana dalam suasana jerebu yang masih tebal tetapi hujan mencurah bersama kilat sabung-menyabung dan malam berbincang beberapa hal dengan emak hingga tercetus idea untuk membuat pulut kuning.

25hb, paginya kami mengadun pulut kuning untuk dijadikan hirisan sambutan hari lahir anak dan cucu. selepas itu, mulai jam 9.30 pagi aku menghadiri program memasak bubur asyura G61 di kg pulau mentimun sehingga kehadiran beberapa sahabat dengan membawa pelbagai juadah dan minuman. Sehari suntuk mereka berada di rumah Nor Zalipah sehingga petang dan mengagihkan bubur asyura tersebut.

26hb, bersama emak ke Tabung Haji Kuala Kangsar dan ASN Ipoh menyelesaikan hal pusaka. Petangnya balik ke rumahku di Trong dan merasai suasana perkampungan pesisir pantai yang telah lama ku tinggalkan.

27hb, aku kembali berkelana di rawang...

Wednesday, 21 October 2015

Memperingati pengorbanan pahlawan bangsa

31 Julai setiap tahun sejak tahun 1968, Hari Pahlawan diraikan sebagai menegenang jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara dan maruah bangsa.

Secara tradisinya, istiadat tahunan ini diadakan di Tugu Negara bagi tujuan memperingati dan mengenang jasa pahlawan negara, terutama yang bersara atau meninggal dunia dalam mempertahankan keamanan, keselamatan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Perjuangan pahlawan ini bermula sejak Perang Dunia Kedua dan darurat antara 1948 hingga 1960. Sejak 1968, acara ini dianjurkan secara bergilir-gilir oleh PDRM dan ATM.

Sejak tahun 2010, lokasi sambutan Hari Pahlawan adalah di Dataran Merdeka dan 2015 dihoskan oleh PDRM.

Hari Pahlawan harus menjadi azimat kekuatan kepada bangsa yang menghargai erti pengorbanan dan mensyukuri nikmat keamanan.

Pengorbanan wira negara harus disanjungi dan dikenang kerana apa yang kita kecapi pada hari ini hasil dari darah dan keringat yang mengalir dari tubuh pejuang terdahulu.

Usia 55 tahun

Rakan Sebaya sewaktu di sekolah kebangsaan tahun 1968 hingga 1973, kembali berjumpa melalui dua kali pertemuan sempena hari raya 1435H dan 1436H tempohari.

Hari ini, seorang lagi yang dicari telah dijumpai berada di Kelantan. Kini beliau menjawat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan yang bernama Shahidani Abd Aziz. Berpisah selepas tamat darjah 6 kerana memasuki asrama di KE VII Taiping. Pada bulan Mac 2016, beliau telah berjaya di bawa kembali ke Felda Lasah oleh petugas G61 yang dedikasi.

Beberapa minggu lepas, kami bertemu dengan Dato' Dr Shamsul Anwar Sulaiman kerana beliau akan menjalani 'by pass' di IJN pada 10.10.2015 yang lalu. Pada 7 Oktober, kami ziarahnya di Shah Alam dan berkesempatan makan malam di rumahnya sambil berbual panjang tambahan pula kehadiran CEO ANGKASA, Nasir Khan Yahaya.

Kini, Shamsul Anwar berehat dirumahnya selama 2 bulan sebelum boleh bekerja semula. Ramai di antara sahabat yang masih bekerja samada dengan kerajaan dan swasta serta ada yang sudah bersara.

Kalangan kami ada yang bekerja sebagai guru, polis, tentera, jurutera, kewangan, perkhidmatan kesihatan, usahawan dan bekerja sendiri di samping mengambil-alih tugas peneroka felda.

Asal usul kami adalah anak peneroka felda dari generasi kedua. Kini, ada di antaranya mendiami rumah ibu bapa sebagai ketua rumah bagi meneruskan kesinambungan generasi dalam menguruskan ladang untuk menambah pendapatan seharian.

Setakat ini, 5 sahabat kami telah meninggal dunia dan ada kalangan yang sedang menderita sakit.

Menjelang usia 55 tahun kini, ramai kalangan sahabat yang sudah mempunyai cucu. Ada kalangan anak-anak mereka yang sudah belajar hingga ke menara gading dan bekerja di dalam pelbagai sektor.

Beginilah kisah hidup, berputar bagai gasing hingga kehabisan tenaga dan kembali ke tempat asal meneruskan sisa-sisa hidup sebelum menemui Tuhan Yang Maha Pencipta.

Thursday, 1 October 2015

mencari katil hospital

Di Taiping Bandar Warisan, hospitalnya bentuk lama tetapi pesakitnya orang baru dari seluruh pelusuk dan ceruk Larut, Matang dan Selama, sejak terbinanya sering saling bertukar katil di dalam setiap wadnya.

Pesakit sekitar awal 30-an terdiri dari pelbagai bangsa yang mendiami sekitar Taiping. Hospital Taiping merupakan antara terawal menerima pesakit di Tanah Melayu ketika itu, terletak bersebelahan stesen keretapi, antara terawal juga.

Taiping merupakan ibu kota pertama kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran moden sekitar tahun 1870-an.

semasa zaman Jepun, pusat pentadbiran berpindah ke Ipoh seterusnya ke Kuala Lumpur. Taiping tetap di situ melayani kerenah penduduknya yang rata-rata orang pencen.

Semakin pesat pembangunan bandar Taiping, semakin ramai pesakitnya memerlukan rawatan. Untuk mencari katil hospital di Taiping sering menimbulkan masalah.

hanya orang Taiping yang sedar akan masalah tersebut...

Friday, 25 September 2015

Kecapi Sukses sebagai

Kerjaya saya sebagai tentera bermula pada Januari 1980 ketika berusia 18 tahun. Dari situ, saya gigih mendekati selok-belok pensejarahan dalam bidang ketenteraan dan ternyata usaha saya tidak sia-sia apabila dalam masa 9 tahun sahaja, saya telah berjaya mengorak langkah daripada ahli Wisma Pertanda kepada ahli Wisma Bintara.

Saya tekad untuk terus menceburi bidang ini kerana keunikan dan keubikan rejimen ini. Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) memberi peluang kepada saya untuk membantu kerajaan di dalam pembangunan negara dan merealisasikan kehidupan masyarakat yang ditimpa musibah dan seumpamanya. Di samping itu, rejimen ini turut menyediakan kursus-kursus berkaitan yang telah membantu saya mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan inilah yang membuatkan saya lebih mahir dan beretika di dalam kerjaya ketenteraan. Bidang ini juga telah sebati dan meningkatkan lagi tahap keyakinan diri saya dalam setiap aspek tugas dan tanggungjawab dan menjadikan saya seorang anggota tentera yang lebih mahir untuk memenuhi keperluan organisasi ATM.

Saya amat bersyukur kerana penglibatan saya dalam kerjaya ketenteraan ini telah merealisasikan impian saya. Antara nikmat pengalaman selama 24 tahun dalam ATM termasuklah menjadi calun Tauliah Terus Tugas Tetap dengn pangkat Leftenan pada tahun 1996 sekaligus melayakkan saya menjadi ahli Wisma Perwira. Ketika itu, perkhidmatan saya memasuki 16 tahun 6 bulan dan meneruskan perkhidmatan sebagai pegawai tentera sehingga genap 24 tahun seterusnya bersara pilihan pada 31 Disember 2003.

Menguruskan rumahtangga bersama isteri, Azlina Yusof dan anak-anak; Anwar, Zulaiha dan Zawani.

Saat manis buat saya adalah apabila saya berjaya membina generasi kedua yang cemerlang terutamanya anak sulung berjaya menduduki UM - sesi 2008/2011 dan sarjana - sesi 2012/2014 seterusnya menjalani latihan Kadet Inspektor PDRM siri 1/2015 sejak 8 Februari - 7 November 2015. Anak tengah yang masih mendiami kolej di UIAM - sesi 2012/2016 dan anak bongsu pula di kolejnya di UPM - sesi 2013/2017.

Pada 23 Oktober nanti, usia saya menginjak ke angka 55 tahun dan isteri pula ke angka 50 tahun; manakala anak sulung yang masih bujang menghampiri 30-an dan dua anak perempuan masih di usia 20-an.

Untuk mengisi masa lapang, kami membela seorang anak bernama Usin sejak dua tahun yang lalu dan kini masih bermanja dengan kami sekeluarga.

Thursday, 17 September 2015

Semua parti perlu jaga tatasusila, adab masing-masing

Tuka r nama parti macam tukar nama syarikat, saban tahun ujud parti baharu kemudian tenggelam dan pupus...tahun 2015, ujudnya perpecahan di dalam parti PAS selepas berkecai Pakatan Rakyat yang diusahakan oleh Presiden PAS, Penasihat PKR dan Penasihat DAP.

Ditambah pula, selesai Muktamar Agung PAS yang menyaksikan kekalahan puak Anwarinas maka bertambah hebat kekeliruan tersebut.

Malaysia telah melalui 13 PRU, sudah banyak pengalaman yang ditempuhi dan memberikan iktibar kepada kepemimpinan parti samada parti memerintah atau pembangkang. Sebuah negara yang mengamalkan dasar demokrasi memerlukan pihak pembangkang yang kuat untuk menstabilkan negara seperti Malaysia yang kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Teraju negara mestilah berkeupayaan menangani segala permasalahan rakyat dan mampu membuat keputusan yang tepat agar kesinambungan kemajuan negara tidak terencat. Kini, rakyat Malaysia sudah matang dan bersikap profesional dalam berpolitik. Dalam usaha untuk menawan Putrajaya, pelbagai cara akan dilakukan oleh parti yang bertanding di dalam pilihanraya.

Dalam berpolitik, semestinya ada etika yang perlu dipegang oleh politikus dan penyokong. Berpaksikan ajaran agama yang menganjurkan kebaikan dan prinsip Rukun Negara yang kelima yakni Kesopanan dan Kesusilaan, sudah tentu jika dipegang teguh kepada ajaran serta prinsip tersebut, PRU akan berjalan lancar untuk masa akan datang.

Pemimpin parti politik yang inginkan hanya kuasa, sukar untuk menunjukkan keperibadian mereka ketika berceramah...datang dengan gaya seorang kaya, sombong, bercakap ikut sedap mulut dan terus balik kerana kesibukan untuk menghirup kopi di gerai atau warung, dikerumuni penyokong dan dilihat oleh orang ramai (rakyat yang akan mengundi nanti).

Di kalangan rakyat yang akan keluar mengundi, mereka pula bukanlah orang yang tiada akses kepada internet,...ada yang pesara kerajaan, pesara ahli perniagaan, korporat, syarikat konglomerat dan sebagainya maka janganlah lupa bahawa anda sebagai calon AP atau ADUN hendaklah menyedari semua ini.

Kepada rakan-rakan yang dikenali atau belum kenal, sekiranya ingin menjadi calon di dalam pilihan raya ke 14 nanti, bergurulah dengan ustaz yang ada disekeliling kita. Belajar mengenal Sifat 20!

Ada 7 sifat yang Allah SWT pinjamkan kepada kita, menyedari hakikat itu kita tidak akan sombong, lokek dan seumpamanya apabila berhadapan dengan manusia lain. Tidak guna kita berlaku sombong sesama insan, tiada bezanya mereka dengan kita.

Hari ini, kitalah pemimpinan dan esok belum tentu lagi...pelajarilah sejarah bulan September yang menyaksikan Timbalan Presiden  dan seorang Naib Presiden telah dilucutkan jawatan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Penyokong parti politik yang bertanding nanti perlu menjaga tatasusila dan adab masing-masing. Cacian dan kata-kata kesat kepada pihak lawan perlu dihentikan sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Sebagai rakyat yang sudah berfikiran matang, tidak elok kiranya berkelakuan seperti kanak-kanak apabila berhadapan parti lawan.

Untuk mengimpikan PRU yang aman dan tenteram, sebagai sumber rujukan anak-anak muda hari ini bagi tempoh mendatang...amatlah perlu pihak kepimpinan parti menjadi dewasa yang waras pemikiran dalam membentuk diri dan penyokong menjadi contoh dan tauladan yang baik.

Terimalah keputusan rakyat, majoriti rakyat Malaysia inginkan kesatuan; tiada perpecahan walaupun ada perselisihan faham tetapi boleh dirungkaikan jika kita sedar kemajmukan membawa kemakmuran. Tiga kaum besar terdiri daripada orang Melayu melanda setiap pelosok negara dari utara ke selatan dan dari Sabah hingga Sarawak, begitu juga orang Cina tetap berniaga walau di ceruk mana ada orang Melayu dan India.

Mereka adalah rakyat yang pernah mendiami tanah yang terbentang luas ini, sokong menyokong antara satu sama lain menjalin ikatan persahabatan sejak zaman berzaman membawa kepada generasi kini. Kami generasi Y, pernah bermain bersama dan saya berkhidmat di dalam RAJD yang mengandungi pelbagai kaum - SSjn Renggasamy, Spr Valentine, Mej Lee, PWII Chye, PWI Ranjit Singh, Spr Christopher, Lt Jen Datuk Dr William, Lt Kol Tan, Kol Dickey Mei, PWII Manjit Singh, Kol Sukdev Singh, Brig Jen Datuk Chen,...kini mereka semua adalah rakyat biasa yang akan mengundi di dalam setiap PRU mendatang!

Teroka Sempadan Kecekapan

Meneroka sempadan kecekapan merupakan salah satu cabaran kepada mandat utama perniagaan dan penggubal dasar zaman moden yang perlu meraih pertumbuhan secara konsisten dalam era yang mana persaingan adalah semakin kompetitif.

Tambahan pula, pertumbuhan itu mesti dicapai ketika pembuat keputusan bukan saja berpuas hati dengan sumber yang bukan saja tidak tetap tetapi semakin berkurangan, dan pengaruh globalisasi menyebabkan perpindahan sumber kewangan dan modal insan merentasi sempadan.

Justeru, untuk meneroka sempadan kecekapan adalah penting kepada sesuatu ekonomi itu untuk menghentikan pengurangan sumber terlebih dahulu dengan menangani pelbagai faktor penarik dan penolak yang menyebabkan penghijrahan sumber antarabangsa yang mudah alih ini.

Hari ini, kita berada di ambang era yang kerap disebut sebagai Abad Asia. Untuk beberapa dekad akan datang, banyak negara ekonomi Asia yang pantas berkembang, dijangka mencapai penggabungan dengan sebahagian besar dunia maju dan meraih pengaruh global yang lebih besar serta warganya menikmati taraf hidup yang lebih baik. Di manakah kedudukan Malaysia dalam ode baru dunia - adakah kita akan layu?

Sejak mencapai kemerdekaan 58 tahun lalu, negara ini telah membangun sebagai sebuah ekonomi berpendapatan sederhana tinggi yang moden dan mempunyai kepelbagaian yang mana pertumbuhannya disokong sektor kewangan yang canggih serta berdaya tahan.

Walau bagaimanapun, bagi melangkah lebih jauh ke hadapan, kita tidak boleh bergantung kepada orak pemikiran sama yang telah membawa kita ke tahap sekarang. Pada ketika dunia di sekeliling kita berubah, kita mesti mengorientasikan semula falsafah pembangunan kita kepad kenyataan yang bakal berlaku - atau kita akan menjadi arkitek kemerosotan.

Ketika kita maju ke hadapan, adalah penting untuk negra ini terus kekal sebagai negara untuk semua. Ketika Abad Asia meningkatkan kekayaan kolektif kita semua, hasil daripada kemakmuran ini harus dikongsi secara saksama. Ini bermakna akses kepada pelbagai peluang yang disediakan harus bersifat lebih menyeluruh serta merentasi halangan-halangan sosioekonomi terutama jurang kemiskinan. Pada masa sama, pertumbuhan mesti bersifat mampan merentasi semua generasi dan berupaya menjamin kualiti kehidupan yang optimum kepada semua pihak yang berada di dalam ekosistem ekonomi negara.


Kekejaman komunis selepas pengunduran tentera Jepun

MPAJA dianggap sebagai pejuang ketika Jepun menjajah Tanah Melayu dari tahun 1941 hingga 1945. Rakyat tempatan menyokong mereka ketika itu tetapi MPAJA mula menunjukkan wajah sebenar mereka selepas Jepun menyerah kalah dan British mengambil alih semula Tanah Melayu.

Komunis yang menubuhkan Parti komunis Malaya (PKM) semakin bermaharajalela di seluruh negara. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.

Pelbagai peristiwa menyedihkan terjadi ketika komunis mensabotaj kerajaan dan melumpuhkan keseluruhan ekonomi negara. Banyak trajedi berdarah berlaku antara pihak tentera dan komunis yang tidak direkodkan oleh pengkaji sejarah tetapi di simpan rapi sebagai bahan sejarah dan akan dibongkarkan satu persatu mengikut peredaran masa.

Filem Bravo V yang mula ditayangkan pada 10 September 2015, mengisahkan kekejaman komunis menyeksa anggota tentera yang membuat operasi membenteras kegiatan mereka di dalam hutan belantara. Paparan sebenar yang berjaya difilemkan merupakan pengkisahan sejarah yang sepatutnya diingati oleh generasi penerus kepada rakyat negara ini.

Rakyat negara ini seharusnya perlu berbaik sangka antara satu sama lain kerana tidak semua yang kita hendak akan didapati semudah itu. Rakyat yang berjaya akan berkongsi sama rata dengan mereka yang susah begitulah sebaliknya rakyat yang susah akan membantu merealisasikan impian si kaya.

Antara tahun 1946 hingga 1957, perundingan kemerdekaan giat dijalankan dan permulaan kepada kerjasama politik antara kaum menyebabkan PKM merasa disisihkan. Salah satu caranya, adalah menghuru-harakan negara dari pelbagai sudut sejak dahulu hingga kini...

Tahun 2020 menjelang tiba, pelbagai transformasi direka bentuk oleh kerajaaan BN ketika ini dan banyak timbul permasalahan yang dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan. Timbulnya Bersih 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0!

Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh PM Najib sejak 2009, memerlukan sokongan rakyat bagi membuahkan hasilnya. Malaysia memasuki tahap ke X sejak zaman Pra-Melaka iaitu sebelum tahun 1400. Malaysia hari ini telah berjaya mengharungi sembilan tahap ke arah membina suatu cerita gembira buat generasi akan datang.

MALAYA UNTUK ORANG MELAYU

" Pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang tercatat dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak mengetahui bahawa hak keistimewaan itu sudah lama ujud dan diiktiraf "
                                                                                    - Prof Emeritus TS Dr Khoo Kay Kim  

Perbalahan antara kaum yang berlaku di negara ini berpunca daripada kejahilan generasi muda berkenaan sejarah.

Pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak mengetahui bahawa hak keistimewaan itu sudah lama wujud dan diiktiraf oleh pihak British.

Rakyat negara ini, hendaklah memberi tumpuan kepada sejarah untuk memahami apa sebenarnya yang telah berlaku. British tidak pernah menafikan negara ini adalah tanah orang Melayu.

Pada tahun 1931, di Durbar, persidangan Raja-raja Melayu yang berlangsung di Seri Menanti memang sudah ditetapkan, " Malaya for the Malays "

Ketika British berada di Tanah Melayu, orang Melayu mempunyai kelebihan berdasarkan status "rakyat raja" yang diberikan kepada orang Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu ketika itu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, sesiapa yang lahir di Negeri-negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka, Singapura - Negeri-negeri Selat itu dipanggil Tanah Jajahan Mahkota British - sesiapa yang lahir di situ termasuk orang Melayu menjadi rakyat British.

Sesiapa yang lahir di negeri-negeri Melayu kalau ibu bapa mereka adalah orang Melayu, mereka menjadi rakyat raja. Kalau ibu bapa bukan orang Melayu, mereka menjadi stateless citizen.

Sekiranya orang Melayu melanggar undang-undang, membuat kesalahan serius, mereka boleh di buang negeri tetapi buat sementara, kemudian boleh kembali ke Tanah Melayu tempat asal mereka.

Namun, orang bukan Melayu dihantar balik ke negara asal, tak boleh balik semula dan jelas perbezaan tersebut.

Keadaan dahulu, masyarakatnya cukup sempurna berbanding masyarakat masa kini.

Kepentingan menjaga kaum sendiri punca kerosakan masyarakat tetapi seseorang yang telah menjadi warganegara mesti menzahirkan cintanya kepada negara kelahirannya mengatasi negara asal keturunannya.

Jika takut, jangan berani-berani; jika berani jangan takut-takut.

16 September 1963 - Hari Malaysia, meninggalkan banyak peristiwa sejarah dalam negara ini. Pada hari tersebut ujudnya sebuah negara baru terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Perkembangan seterusnya, percaturan politik antara PM Malaysia dengan Ahli Parlimen Singapura menyebabkan Singapura menarik diri lalu membentuk sebuah negara republik dengan  Lee Kuan Yew sebagai PM Singapura pada tahun 1965.

Pada 12 September 2015 yang lalu, Singapura yang diwarisi anak PM pertama Singapura menang besar dalam PRU. Beliau, Lee Hsien Loong adalah Setiausaha Agung PAP meneruskan legasi bapanya meneruskan jawatan sebagai PM Singapura. PAP memperolehi 83 kerusi daripada 89 yang dipertandingkan sekaligus membentuk kerajaan yang memerintah untuk 5 tahun akan datang.

Sukar untuk mengelakkan senario citarasa pengundi Singapura dikaitkan pula dengan citarasa pengundi jiran terdekat iaitu Malaysia kerana pengundi di sini juga bakal menghadapi pilihan raya yang agak kritikal untuk masa depan negara.Senario politik antara dua jiran terdekat ini boleh dijadikan analogi kerana pertalian sejarah yang rapat kerana apa jua yang melanda Singapura dan ini bukan sahaja tertakluk kepada hal ehwal politik semata-mata tetapi juga ekonomi dan keselamatan, pasti juga akan terpalit kepada Malaysia.

Di Kuala Lumpur, sempena Hari Malaysia berpuluh-puluh ribu orang Melayu berkumpul di Padang Merbok yang datang dari seluruh pelosok negara yang dinamakan Himpunan Rakyat Bersatu. Ini merupakan tindakbalas kepada Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos menjelang Hari Kemerdekaan 2015 yang lalu.

Perhimpunan haram yang majoriti orang Cina anjuran DAP disokong oleh puak pelampau Melayu yang bertujuan politik tetapi alasan diberikan ialah demi menuntut pilihanraya Bersih, tetapi apa yang kita saksikan ketika perhimpunan haram itu berlangsung pelbagai caci-maki dilemparkan kepada kepemimpinan negara. Soal pilihanraya entah ke mana.

Ini kali pertama dalam sejarah negara, sambutan Ambang Kemerdekaan terpaksa dipindahkan dari Dataran Merdeka ke Stadium Bukit Jalil.

Himpunan Rakyat Bersatu, menyatukan orang Melayu buat julung kalinya bagi menyatakan solidariti selepas  lima dekad yang lalu ketika berjaya menumbangkan Malayan Union anjuran British ketika itu. Kini, kira-kira 200 000 orang Melayu membanjiri sekitar Kuala Lumpur sejak awal pagi berkumpul di beberapa lokasi yang ditetapkan sebelum berarak ke Padang Merbok.

Kali ini, perhimpunan berkenaan adalah sebagai tndak balas terhadap kebiadaban peserta perhimpunan haram Bersih menghina pemimpin Melayu malah sebagai peringatan kepada DAP supaya tidak menggunakan nama rakyat bagi mencapai tujuan politik mereka.

Berselawat ke atas nabi, menyanyi lagu Warisan dan Barisan Kita menjadi pembakar semangat kepada peserta meskipun dihangatkan dengan hawa panas terik, kesemua peserta sanggup berarak berbelas-belas kilometer bermula dari beberapa lokasi seperti Jalan Conlay, Masjid Wilayah, Masjid Negara, Jalan Bukit Bintang dan PWTC menuju ke Padang Merbok.

Perarakan bermula jam 1.30 petang dan tepat jam 3 petang, himpunan itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum disusuli dengan laungan kata-kata semangat. Tanpa disedari Padang Merbok bagaikan lautan merah yang dibanjiri oleh peserta berkenaan yang bersatu hati mengenakan baju merah.

Secara tidak langsung, sokongan kepada PM Malaysia untuk meneruskan agenda memperkasakan orang Melayu sebagi tulang belakang ke arah keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini. Tanpa kekuatan tersebut, kucar kacir dalam negara akan memusnahkan harapan semua kaum untuk hidup didalam keselesaan dan mehadapi masa depan yang suram. Malaysia mengandungi kepelbagaian dari segi kaum, agama dan budaya maka teras kekuatan orang Melayu menjamin keutuhan negara ini.

Kejayaan perhimpunan ini menggambarkan keperibadian peserta menjunjung kedaulatan undang-undang yang merupakan salah satu daripada adab orang Melayu. Ini telah menunjukkan muafakat yang utuh dalam kalangan orang Melayu dalam membawa satu mesej untuk menyokong kepemimpinan negara dan menentang perhimpunan haram.

Bersih 4.0 sebelum ini perlu ditentang dengan sekeras-kerasnya demi kesinambungan kestabilan dan keamanan negara ini.

Monday, 14 September 2015

Sejarah Batalion 1 RAMD

Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) merupakan perintis tertubuhnya pasukan rejimen askar Melayu di negara ini dan ia bermula dengan pengambilan 25 anggota pada tahun 1933.
   Kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan tersebut telah menarik perhatian pemerintah British ketika itu untuk menukarkannya kepada sebuah batalion.
   Serentak dengan itu, pengambilan anggota dipercepatkan, melibatkan penambahan 232 anggota baru, penubuhan dua kompeni tempur, platun bantuan yang dilengkapi dengan senjata jenis Vickers, satu seksyen semboyan dan satu unit tambur.
   Pada 1 Januari 1938 secara rasminya Batalion 1 RAMD telah ditubuhkan di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kekuatan nggota seramai 17 pegawai tentera British, enam pegawai tentera Melayu, 11 PTT Kanan British dan 759 anggota LLP.
   Penubuhan batalion itu juga merupakan strategi British untuk bersedia  sebarang kemungkinana ekoran tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah ketika itu.
   Pemerintah pertama batalion tersebut merupakan Lt Col G.M.C.Bruce manakala pegawai memerintah Melayu pertama merupakan Lt Kol Tengku Ahmad Almarhum Tengku Besar Burhanuddin yang juga pegawai ke 13 batalion tersebut pada tahun 1960.
   Sejak ditubuhkan, batalion itu telah ditempatkan di 21 kem di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan juga Singapura yang masih  menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu ketika itu.
   Bermula 1 Januari 1989, batalion tersebut telah disusun semula menjadi Batalion Istiadat dan ditempatkan di Kem Sungai Besi sehingga hari ini.
   Banyak sejarah pahit dan manis telah ditempuh oleh batalion itu sejak ditubuhkan selain pernah terlibat menentang komunis di Tanah Melayu, terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan juga mempertahankan negara daripada serangan tentera Indonesia apabila berlaku Konfrantasi Malaysia-Indonesia pada 1961.
   Keberanian batalion itu amat dibanggakan kerana sanggup berjuang bermati-matian di medan peperangan sehingga rmai anggota batalion yang terkorban semasa mempertahankan negara. Salah seorang anggota batalion yang terkorban semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua ialah Lt Adnan Saidi.
   Selain menjalankan tugas-tugas mempertahankan negara serta perbarisan istiadat di dalam negara, batalion ini juga terlibat dalam penugasan awam di London.
   Kejayaan dalam melaksnakan tugasan awam atau public duties itu telah membuktikan keupayaan Batalion 1 RAMD serta meningkatkan imej ATM setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
   Sementara itu, Panji-panji Rejimen bagi batalion tersebut setakat ini telah empat kali ditukarkan sejak penubuhannya pada tahun 1933. Pad 12 Februari 1950, di Kem Taiping, Perak dan pada 16 April 2002 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
   Penukaran panji tersebut adalah disebabkan keadaannya yang lusuh ekoran kerap digunakan untuk pelbagai istiadat serta mengiringi perbarisan Kawalan Kehormat Utama sama ada di dalam mahupun di luar negara.
 


PERIODASI...

A. Malik Munip ( mantan pensyarah di Jabatan Sejarah UM ) yang menegaskan bahawa sejarah adalah satu-satunya asas kekuatan tuntutan Melayu ke atas negara Malaysia.

Beliau sekali gus menyasarkan bahawa pengetahuan, pemahaman dan penghayatan sejarah negara ini sejak era Kesultanan Melaka yang gemilang membawa kepada era DEB di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, akan membangkitkan harga diri dalam memberi keyakinan baru kepada bangsa Melayu.

Kebangkitan harga diri dan keyakinan baru bangsa Melayu adalah sesuatu yang tidak disenangi oleh penganut fahaman Malaysian Malaysia yang diwariskan oleh LKY, khususnya DAP.


Pembatasan Masa

Tahap I      Pra-Melaka

Tahap II     Era Kesultanan Malayu Melaka 1400 - 1511

Tahap III    Persaingan Kuasa-kuasa Eropah 1511 - 1786

Tahap IV    Kemaraan Inggeris dan Pembangunan Negeri-negeri Selat 1818 - 1856

Tahap V     Kemantapan Kuasa Kolonial Inggeris 1874 - 1942

Tahap VI    Pendudukan Jepun 1942 - 1945

Tahap VII   Perundingan Kemerdekaan dan Permulaan Kerjasama Politik Antara Kaum 1946 - 1957

Tahap VIII Tahun-tahun Awal Kemerdekaan 1957 - 1969

Tahap IX    Perlaksanaan DEB 1970 - 1990

Tahap X     Menuju Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia


" Perkara terbaik yang kita peroleh daripada sejarah ialah minat dan semangat yang digelorakannya dalam diri kita "

                                                                                              - Pemikir J.W. Goethe ( 1746 - 1832 )

Saturday, 12 September 2015

Bajet 2016

Kualiti hidup rakyat menjadi fokus utama kerajaan di dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan hujung tahun ini.

Kementerian Kewangan sedang meneliti dan mengkaji isu-isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dibuat semasa mesyuarat kumpulan fokus secara kritikal untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang dipertimbangkan dalam Bajet 2016 dapat dilaksanakan.

Menurut Menteri Kewangan II, berkata secara dasarnya, RMK-11 akan dijadikan teras dalam merangka strategi-starategi Bajet 2016 dengan menggariskan inisiatif dan langkah-langkah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mapan, meskipun berhadapan cabaran ketidaktentuan ekonomi global terutama penurunan harga minyak secara mendadak dan pertumbuhan perlahan ekonomi negara-negara rakan dagang Malaysia.

untuk itu katanya, kerajaaqn akan memstikan kedudukan ekonomi, perbankan dan pasaran modal terus kukuh dengan memastikan langkah sewajarnya digubal begi menentukan sentimen dan keyakinan pelabur dapat ditingkatkan. Disamping itu, inisiatif strategik lain meliputi peningkatan eksport, merancakkan sektor pelancongan dan teknologi hijau serta memperkasa keusahawanan dan perusahaan kecil dan sederhana.

Proses penyediaan Bajet 2016 sedang berjalan bermula dengan Majlis Konsultasi Bajet 2016 yang dipengerusikan oleh PM Najib Tun Razak pada 15 Jun 2015.

Susulan itu, satu siri mesyuarat kumpulan fokus diadakann dengan siri pertama pada 4 Ogos lalu bertajuk Meningkatkan Keterangkuman untuk Kesejateraan Rakyat dengan penekanan kepada meningkatkan pendapatan isi rumah B40 ke arah masyarakat berpendapatan sederhana.

Kumpulan fokus adalah sebahagian daripada beberapa siri perbincangan mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam memorandum yang dikemukakan oleh kumpulan industri, badan profesional, penyelidik, ahli akademik dan badan bukan kerajaan.

Antara yang akan diberi tumpuan di bawah Bajet 2016, adalah penambah-baikan taraf dan kualiti hidup rakyat melalui usaha meningkatkan pendapatan isi rumah B40, memperluas penyediaan infrastruktur asas luar bandar dan bandar serta penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti.

Negaraku Malaysia

Dua tiga empat lima,
Enam tujuh lapan sembilan,
Mari hidup bersama-sama,
Dalam Malaysia makmur aman.

Tiga empat lima enam,
Tujuh lapan sembilan sepuluh,
Mari kita tanamkan azam,
Majukan Malaysia dengan bersungguh.

Malaysia mesra pelabur dan pelancong mudah memasuki negara ini kerana kestabilan politik, prasarana seperti lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan yang baik serta pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan.

Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada kaca mata mereka.

Taraf hidup rakyat negara ini agak tinggi dan mampu membeli hasil produk yang dikeluarkan oleh pengilang dan usahawan serta sijil halal Malaysia diiktiraf oleh semua negara.

Kestabilan politik negara kita menjadi penyebab peneraju kepada syarikat pelabur luar negara memilih Malaysia untuk melabur RM80 juta pada peringkat permulaan bagi mengeluarkan cendawan dengan kaedah teknologi tinggi untuk pasaran eksport dan menjadikan hab untuk kawasan ASEAN oleh syarikat milik Jepun, iaitu kilang Hokto Malaysia dan GN Resound, syarikat milik Denmark yang mengeluarkan alat pendengaran yang menggunakan teknologi tinggi untuk mereka yang bermasalah pendengaran bagi tujuan eksport ke luar negara.

Adalah pasti, ada ribuan lagi syarikat luar negara yang memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan dengan membawa jutaan peluang pekerjaan memberikan jawapan yang hampir sama iaitu malaysia yang aman, damai, harmoni, progresif, moden dan stabil sebagi faktor utama mereka di sini.

Kestabilan jugalah antara sebab mengapa jutaan pelancong asing tetap datang ke negara kita yang cantik dengan budaya yang menarik. Semuanya menjadikan ekonomi kita terus berkembang, anak cucu kita mempunyai pekerjaan dan kita boleh mencari kehidupan.

Ia juga menunjukkan bahawa bukan semata-mata kepandaian kita berniaga yang menjadi tarikan pelabur, tetapi kombinasi dengan kebijaksanaan kita mentadbir yang diterajui oleh DS Najib Tun Razak, PM yang berjaya menjaga kestabilan politik dan kemakmuran di negara ini.

Oleh itu, janganlah tiba-tiba masyarakat kita menjadi emosional dan meletakkan rasional di belakang. Janganlah pula menjatuhkan hukuman bersalah kepada pihak yang belum didapati bersalah. Sedangkan prinsip yang diterima pakai di seluruh dunia ialah seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah dalam mahkamah.

Janganlah juga kita menjadikan media sosial sebagai medan mahkamah persepsi dengan menabur fitnah terhadap pelbagai pihak. Kita perlu bersifat matang dan bertamadun tinggi dengan mengelakkan emosi, fitnah dan persepsi yang kini malangnya semakin mengatasi rasional, kebenaran dan realiti.

Marilah kita daripada pelbagai generasi sehati sejiwa untuk menjaga keamanan, kedamaian, perpaduan dan keharmonian agar kemakmuran, keselamatan dan kemajuan sama-sama boleh terus dinikmati oleh anak cucu kita nanti.

Jangan kita rosakkan kestabilan politik negara ini yang tinggi nilainya pada pandangan dunia dan telah memberikan kita kesejahteraan dan kebahagiaan.

Wednesday, 9 September 2015

Alam Sekolah Rendah 1968 - 1973

...tidak banyak perkara yang masih diingati olehku, tahun ini aku sempat berjumpa sekurang-kurangnya 30 orang rakan lama di suatu majis yang diadakan oleh grup 61 yang di hoskan oleh Saudara Mior Kamarul Baharin pada 19 Julai 2015.

Ada yang masih terlalu biasa dan ada yang perlu di amati sebelum mengenali kerana usia yang sudah lewat 50-an membatasi ingatan dan susuk tubuh rakan lama yang ketika di tinggalkan masih di alam remaja.

Kami betul-betul terpisah selepas darjah 6, di perkampungan Felda Lasah yang terletak 20 Km dari Pekan Sungai Siput Utara. Di kelilingi hutan pokok getah, diiringi pemandangan Banjaran Titiwangsa mengajur dari arah selatan di sebelah timur perkampungan kami.

Di situlah kami membesar, dari pelbagai ceruk kampung asal ditemukan di dalam satu sekolah yang didirikan oleh pihak pengurusan FELDA sejak tahun 1965 lagi. Pada tahun 1968, di peringkat awalnya aku bersekolah di SK Kg Jalong dan Jun 1968, berpindah ke SK Felda Lasah sehingga tamat darjah 6. Selepas itu, kami dipisahkan kerana peluang melanjutkan pelajaran menengah terbuka kepada rakan-rakan yang berjaya mendapat tempat di asrama seluruh negara.

Aku berada di dalam kelas A semenjak di dalam darjah 1 hingga darjah 6. Di antara rakan sekelas yang berjaya mendapat tempat di asrama penuh ialah Shamsul Anwar di MRSM Kuantan; Saidani di SM Sains Kerian Pulau Pinang; Nasir Khan di SMK King Edward VII Taiping; Hafizah di SM Takyah Ipoh dan rakan yang lain bertukar sekolah di Pekan Sungai Siput.

Pendayung sudah di tangan, sampan sudah di kolek...ayuh!




Keluarga MILINA

...ketika berusia 25 tahun, di Kg Melayu Batu 16, Rawang - aku di raikan oleh keluarga sebelah perempuan dengan mengadakan satu majlis kenduri secara sederhana bersempena pernikahan aku dan Ina. Kami di satukan dalam majlis pernikahan yang disaksikan oleh sanak saudara dari kedua-dua belah pihak.

Isteriku, berusia 20 tahun dan tidak bekerja. Beliau tinggal di rumah, sesekali menolong rakannya di sebuah restoren berdekatan Masjid Ar Rahmaniah, Rawang. Setahun sebelumnya, aku mengikat tali pertunangan selepas mengenalinya ketika Ina mengunjungi kampungku pada tahun 1985. Beliau ke sana mengiringi rakan sekolahnya bernama Kanya kerana majlis kahwin pakciknya di Kg Jalong, Sg Siput Utara, Perak.

Ketika itu, aku bercuti kecemasan menziarahi ayahku yang menjalani pembedahan apendiks di Hospital Ipoh. Kesempatan itu, aku menghadiri majlis kenduri tersebut dan terbuka hati apabila terpandang seorang gadis berambut panjang mengurai paras lutut yang melintasi pandanganku ketika sama-sama mengacau lauk di dalam kawah di malam gotong royong masak.

Inilah yang dinamakan jodoh!...akhirnya kini kami telah menghampiri usia perkahwinan 30 tahun. Segala susah senang dan jerit perih diharungi bersama melayari bahtera MILINA, menempuh badai dan gelombang menuju destinasi...

Kami sekeluarga pernah merantau ke beberapa negeri dan anak-anak mengikuti setiap lokasi, berpindah sekolah telah menjadi budaya yang harus diharungi sehingga mereka telah biasa dan tidak merungut.

Anak sulung, ketika ini sedang menjalani latihan Kadet Inspektor di PULAPOL KL sejak 8 Februari 2015. Beliau bakal menjadi pegawai polis di dalam PDRM, menghabiskan persekolahan rendah di SK Kem Desa Pahlawan hingga darjah 6, memasuki Maahad Muhammadi Kota Bharu selama 4 tahun sebelum bertukar ke SMK Klian Pauh Taiping sehingga tingkatan 5 dan menyambung tingkatan 6 di SM St George Taiping di peringkat STPM.

Mendapat tawaran memasuki Universiti Malaya sesi 2008 - 2011, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dan menduduki pengajian Sarjana Sains Sosial pembiayaan penuh biasiswa Universiti Malaya bagi sesi 2012 - 2014.

Manakala, anak tengah dan anak bongsu masih meneruskan pengajian masing-masing. Anak tengah sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan di UIAM Gombak sesi 2012 - 2016 dan anak bongsu pula mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan di UPM sesi 2013 - 2017.  

Aku kini mendiami rumah peninggalan mertua di Rawang sejak 2010. Sebelum itu, aku dan Ina mendiami rumah kayu cengal yang aku dirikan pada tahun 2005 di Kg Terung Baharu, Trong. InsyaAllah, sehabis pengajian anak bongsu nanti, aku kembali semula mendiami Rumah MILINA yang amat aku sayangi itu demi kelansungan hidup di alam persaraanku.


Tuesday, 8 September 2015

Pahlawan

...dahulu, di Tanah Melayu seorang pahlawan menyisipkan keris di pinggangnya dan berjalan dengan gagah perkasa melalui denai menerobos hutan dan desa mendamaikan pertelingkahan sesama manusia. Dia berpakaian pahlawan, dikenali kawan dan lawan serta dihormati oleh golongan bangsawan. Musuh memang iri hati, menanti saat untuk menawan si pahlawan tidak kira masa dan ketika.

Apakah pahlawan itu orang tua yang compang camping, kusut masai, bertongkat dan uzur? Pada langkahnya, suatu masa dahulu...inilah aku yang berdiri di antara dua puncak, berpapah tongkat usang yang dulunya agama, cita-cita, kasih sayang dan semangat pengorbanan. Inilah aku yang merenang paya di antara dua pantai, tenggelam, tenggelam ditelan masa peredaran zaman.

Masuk zaman selepas merdeka, orang Melayu mulai berminat memasuki bidang ketenteraan terutama tentera yang diserapkan memasuki perkhidmatan Tentera Persekutuan. Pembesaran ketumbukan tentera di Tanah Melayu melambangkan kekuatan yang akan mencerminkan keutuhan kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu. Orang Melayu sememangnya mampu dan berkeupayaan mengawal kedaulatan negara ini. Bermula tahun 1933, pemuda Melayu menyahut cabaran menjadi pelatun pertama yang menggalas tugas dan tanggungjawab menubuhkan unit Askar Melayu di Port Dickson.

Orang Melayu ingin menjadi pahlawan! Biar apa pun persepsi masyarakat, pemuda-pemuda yang berpakaian lengkap ketenteraan akan teruja untuk menjadi wira negara.

Saat berjalan lalu, melintasi hadapan tetamu diraja dan kenamaan semasa Sambutan Hari kebangsaan 2015 yang lalu menampakkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia melalui perbarisan dan lintasan udara. Masing-masing menampilkan kejaguhan dan ketrampilan lalu menguasai keseluruhan persembahan pada hari tersebut.

Rakyat yang hadir dipersembahkan pertunjukan dan gambaran bahawa negara ini ada barisan wira-wira yang sedia menggalas senjata terkini dengan kekuatan dan keupayaan tersendiri. bersedia di aturgerakkan ke medan dan mempertahankan setiap inci tanah negara.

Keamanan negara terjamin sekiranya wira negara silih berganti! Semangat anak muda rakyat Malaysia perlu digilap oleh generasi terdahulu yang kini semakin lemah dan uzur. Namun, mereka ada semangat dan masih mampu menyuarakan buah fikiran untuk diturunkan kepada generasi masa kini.  

Sastera alat mengisi kemerdekaan

SASTERAWAN Negara USMAN Awang pernah berkata, kekuatan jiwa dan semangat perlu benar jiwa dan semangat perlu benar dalam aliran kesusateraan kita hari ini, sebab kesusasteraan adalah sumber yang mengalirkan kesedaran dan pengertian dalam membentuk jiwa rakyat seluruhnya. Kita menghendaki pendukung-pendukung seni sastera mempunyai kesedaran yang cukup dan luas bahawa kesusasteraan adalah senjata bagi rakyat menggulingkan penjajah dan mendorong rakyat maju dan tegak dalam negara aman dan makmur.

Beliau menyarankan para penulis berusaha menghasilkan karya yang membentuk jiwa rakyat untuk mengisi kemerdekaan. Ini kerana, pengisian kemerdekaan adalah lebih sukar daripada kemerdekaan negara. Lantaran itu, karya sastera berbentuk novel, cerpen, drama dan sajak sewajarnya juga menjurus ke arah itu, iaitu mengisi jiwa remaja bagi mengisi kemerdekaan.

Menurut Prof Teeuw, dalam masyarakat tradisional, sastera adalah alat yang sangat penting untuk mempertahankan model dunia yang sesuai dengan adat istiadat dan pandangan dunia konvensional dan untuk menanamkan kod nilai tingkah laku dan kod etika.

Lantaran itu, langkah Kementerian Pendidikan mewujudkan dan mengekalkan  komponen satera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah dengan pelbagai karya  yang mempunyai keseimbangan isi, bentuk dan kesan estetik untuk tatapan pelajar.

Perlu diingatkan, tanpa sastera dan budaya yang disemaikan dalam hati dan jiwa pelajar mereka akan lupa akar tradisi , lupa sejarah negara dan bangsa serta budaya dan nilai-nilai yang baik yang menumbuhkan pohon peradaban bangsa bagi mengisi kemerdekaan negara pada masa akan datang. Hanya sastera dan budaya akan menjadikan seseorang pelajar mempunyai akal budi yang terpuji dengan nilai-nilai murni dan mendapat pengajaran daripada pembacaan dan pengajaran sesebuah teks sastera.

Justeru, langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan dan memperbahrui bahan kesusasteraan iaitu teks Komsas yang diperkenalkan sejak tahun 2001 adalah terbaik. Ini bertujuan supaya bahan yang akan dipelajari lebih segar, baharu, sesuai dengan tujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu serta cintakan negara. Dalam rangka pembangunan pemikiran bangsa dan negara, dua perkara yang tidak dapat dicampurkan antara satu sama lain iaitu manusia yang berbudi luhur yang akan dapat melancarkan pembangunan moral, material dan spiritual; sebaliknya manusia yang berbudi rendah akan menghancurkan segala-galanya secara menyeluruh.

Walaupun tiada statistik dan analisis terperinci tentang kejayaan bidang sastera dan budaya dapat membangun akal budi manusia, namun secara tidak langsung sejak dahulu telah terbukti bahawa apabila seseorang dididik dan menghayati teks sastera mereka akan menjadi manusia yang perasa, lembut jiwa dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sejagat serta cintakan negara.


Friday, 4 September 2015

kasih sayang

Sudah menjadi fitrah, manusia memerlukan kasih sayang sama ada semasa bayi, kanak-kanak; dewasa mahupun di peringkat usia emas. Secara umum, ia merupakan satu unsur penting bagi menentukan kebahagiaan seseorang terutama dalam kehidupan berkeluarga.

   Sebagaimana firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia telah mencipta bagimu pasangan dari kalanganmu, supaya kamu merasa cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui.

Monday, 31 August 2015

Bila Bersara, Aktif Politik

1 Januari 2004, aku bersara dari perkhidmatan ATM dan menetapkan pendirian untuk memiliki kediaman di Kg Terung Baharu. Kampung tersebut terletak jauh dari Taiping Bandar Warisan, kira-kira 15 minit perjalanan menghala Lumut, tempat yang melahirkan tokoh politik terkini Negeri Perak Darul Ridzuan.

Menjadi ahli UMNO, masuk mesyuarat agung cawangan trong dan terpilih AJK, kali pertama mengundi PRU 2004...

Pengalaman terbaru semasa PRU 2013, membantu calon ADUN Trong mendapatkan ruang mengenali penduduk kerana beliau adalah Pengarah MARDI Negeri Perak. Maka, berkumpul di gerai-gerai bersama penduduk dan membelanja mereka minum dan makan sambil menyelam minum air.

...3 bulan, itulah kerjanya. Akhirnya, beliau terpilih menjadi calon di kalangan 6 nama terpilih dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak mengenali beliau yang berkelulusan PhD dari UPM. Bertungkus lumus, membanting kudrat dan keringat sambil berhempas pulas melawan arus berkempen, siang dan malam. Menang ADUN, dikumpulkan di rumah Menteri Besar untuk membentuk kerajaan dan mengadap Sultan Perak, berkhidmat untuk rakyat.

Kini, beliau bergelar dianugerahkan gelaran Dato.

3 April 2009, tercatat dalam sejarah sistem politik dan pentadbiran Malaysia kerana ia melihat peralihan kuasa dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Menggenapkan huruf - R A H M A N

6 tahun kepimpinan Najib, pada 29 Ogos dan 30 Ogos 2015 menyaksikan Kumpulan LKS ingin menurunkan PM dari jawatan dengan cara bukan pilihanraya. Ini sesuatu yang membahayakan masa depan rakyat negara ini.

Rakyat Malaysia berhasrat untuk kedamaian dan keharmonian antara kaum, LKS pentingkan diri sendiri tanpa sedar ingin menjadi PM.

...selagi ada bulan dan matahari, lupakan hasrat itu!

5 April 2009, konsep 1 Malaysia dilancarkan yang menjadi roda untuk menyegerakan keyakinan dan kepercayaan berasaskan kepada kesedaran, kefahaman dan penerapan nilai kesepaduan kewarganegaraan; ia didokongi oleh Pelan Transformasi termasuk Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru serta perancangan Rancangan Malaysia Ke-11.

Najib menjadikan rakyat sebagai paksi pencapaian beliau yakni kesejahteraan dan pembangunan sosial dan ekonomi mereka.



Sunday, 30 August 2015

Anak Melayu Dulu dan Sekarang

Masalah generasi muda sekarang yang tidak mengetahui maksud dan falsafah di sebalik simpulan bahasa, peribahasa dan bahasa terbalik akibat perubahan suasana hidup dan cara berfikir sesuatu itu harus di sampaikan secara berterus terang, mudah dan terus kepada pokok persoalan yang ingin di sampaikan.

Penggunaan bahasa terbalik semakin kurang digunakan kini, dulu-dulu diperaktikkan di kalangan generasi demi generasi seperti - Panjat lagi la, panjat lagi..budak zaman dulu terus tak panjat pokok tersebut tetapi cuba cakap pada budak zaman sekarang, mereka akan terus memanjat kerana dia ingatkan itu arahan.

Berkaitan peribahasa dan simpulan bahasa mengenai hati; hati batu, keras hati, ambil hati, sakit hati, buah hati, jantung hati, iri hati, jauh hati, sampai hati dan patah hati. Bila ditanyakan maksud, terkebil mata mereka, terus membisu dan tiada hati nak jawab.

Budak sekarang, dipertontonkan dengan budaya ala kartun, hero-heroin, bijak IT dan pandai muzik. Budak dulu-dulu, main bola rambung, berperang di belukar, main congkak, seremban, nyorok-nyorok, gasing, guli, daun terup, baling tin, baling botol, dam, main awai, permainan gelung getah, permainan kotak rokok dan permainan porok.

Kini, banyak yang sudah hilang bersama hilangnya perasaan di kalangan anak Melayu lelaki dan perempuan seperti perasaan malu, perasaan takut, perasaan hormat dan perasaan kasihan. Tidak malu melakukan kemungkaran, melawan cakap orang tua, engkar arahan ibu bapa seterusnya tidak lagi takut hantu malahan hantu pula yang takut kepada mereka. Hilang perasaan hormat kepada pemimpin yang telah menolong mereka, lawan cakap guru yang mengajar mereka, rakyat menghalang kereta rajanya sendiri dan pelbagai peristiwa ujud dari masa ke masa.

Kerana kesibukan dengan urusan masing-masing, kita tidak lagi ada perasaan kasihan kepada orang miskin, melarat sakit dan anak yatim serta OKU seterusnya kepada binatang peliharaan.

gaya makanan kini jauh berubah, ada KFC dan McD menggantikan goreng pisang, goreng cempedak dan cucur tepung.

 

Saturday, 29 August 2015

sehati sejiwa

...berada di pinggiran utara bandaraya KUALA LUMPUR yang indah dan memukau pelancong arab, setiap minggu berduyun teksi biru membelok di depan tesco rawang menuju hala air terjun Templer Park. Mereka membawa keluarga seramai mungkin untuk mandi manda dan rehat minda di Hutan Hujan Tropika...

Betapa indahnya panorama sekitar lengkok Rawang - Puchong - Kajang yang memagari kawasan indah Bandaraya Kuala Lumpur.

...di sampingnya, terletak pula IPTA tersohor - UM di Bangsar; UIAM di Gombak; UPM di Serdang dan UKM di Bangi...tidak lupa, PUTRAJAYA di bekas ladang kelapa sawit Prang Besar.

hari ini, tercatat pula BERSIH 4.0, dipengerusikan oleh Dr M!..beliau, ada hasrat untuk melaksanakan cita-cita pembangkang menguasai Putrajaya.

esok, 30 Ogos 2015...tercatat hari ahad, ramai ahli keluarga menziarahi keluarga di kampung kerana ada cuti panjang. Lusa, sejarah kemerdekaan 2015 kembalikan nostaljia 58 tahun yang lalu.

sebagai anak muda, rakyat Malaysia bersedialah menjadi WIRA NEGARA!

pertahankan negara tumpah darah,
bumi bertuah takkan musnah;
musuh durjana punah ranah,
dirodok benet menjunam tanah!

Andai daku tewas, berpantang ajal, berpatah sayap paruh ku tongkatkan...namun mengaku kalah, tiada noktah, berjuang terus hingga ke titisan darah terakhir.

Ayuh, tentera dan polis - tekad jiwa satria, membela nusa menjaga negara! Anda, telahku wariskan segala khidmat bakti lampau, membawa negara aman dan rakyat bersukaria.

Hanya, jiwa merdeka mampu laksana apa dicita!