Salam Sejahtera, menjelang terbit matahari hari ini...peluang ini dinukilkan apa jua intisari yang terpendam.
Semalam teringat pula Profil Peribadi yang sudah lama tidak dimodifikasikan, kini keluargaku sudah makin membesar organisasinya.
16 tahun usia persaraanku maka sudah 16 perkara besar aku lalui pengalaman hidup bersama pasanganku, anak-anak yang bertiga disusuli menantu perempuanku; Hani yang hadir pada tahun 2018 dan kini ada seorang cucu sulung, Sofea.
Tahun ini, 23 November 2019 hadir seorang lagi menantu lelaki, Faizal dan anak tengah telah pun berumahtangga. Dan, tinggal anak perempuan bongsu yang akan memulakan kerjayanya pada Isnin, 23 Dis ini di Wangsa Maju.
Maka, kehidupan ini seperti lingkaran roda yang sentiasa berputar dan bergolek...seterusnya memaksa dan terpaksa menempuh liku dan selekuh, hanya yang tabah sahaja mampu meneruskan kehidupan yang akhirnya mampu tersenyum.
Teringat ketika masih berkhidmat di bawah Pemerintahan Markas 8 Briged di Kota Bharu. Aku salah seorang staf yang terlibat sebagai pelaku dalam acara Pentonmen Sambutan Alam Mellanium di Stadium National Bukit Jalil. Sepanjang 3 malam pertunjukan ketiga cabang ATM dipertontonkan kepada pengunjung dan kehadiran SPB Yang Di-Pertuan Agong memeriahkannya; aku merasai detik sejarah memasuki Abad Ke-21 secara peribadi.
Tak terfikir yang kini menguasai fikiranku, rupanya setiap abad. itu ada perubahan drastik yang menguasai kehidupan dunia ini. Hanya yang cekal dan kuat keimanannya pada Yang Maha Esa akan mampu meneruskannya.
Pasrah menyerahkan segala-galanya padaMu Ya Allah, betapa kerdilnya aku membawa amanah ini dalam membina sebuah keluarga besar yang aku patrikan sejak 21 Jun 1986 yang lalu.
SKUAD RAJD
Friday, 20 December 2019
Friday, 8 November 2019
Salam Sejahtera,
Hari ini Sabtu - Maulidur Rasul 1441H
Sudah lama impikan menulis tetapi belum masa utk mengintai peluang ini dek kerana pelbagai komitmen.
Mengimbau sejarah panjang, kini catatan sejarah keluarga juga sudah menginjak perubahan.
Sudah ditambah koleksi, ada seorang menantu sulong perempuan dan seorang cucu sulong perempuan.
Tahun lepas, anak sulong nikah di Kota Kinabalu pada tarikh bersamaan TBC. Dan, majlis resepsi dilaksanakan di Bangi Resort serta sambut menantu saya pula di Dataran Abadi, Kg Melayu Batu 16 Rawang.
Tahun ini, bakal menyusul satu lagi majlis kenduri - 23 Sep ini untuk anak tengah bersama pasangan dari Setiawangsa dan majlis di lokasi sama serta berkongsi kendurinya.
Diharapkan, ada tetamu jauh dan dekat sudi menjengah terutama ibu, adik beradik serta saudara mara dalam grup SSJ, KBUD juga rakan seperjuangan sk & smk sejak di darjah satu tahun 1968 dan rakan seperjuangan dlm RAJD sesi tahun 1980 dan fasa dua tahun 1996.

Saturday, 18 February 2017
KBUD
21 Jan 2017 - kami bertiga dari KL ke TS utk berjumpa beberapa saudara mara yang baru dapat dikesan untuk cadangan menubuhkan Keluarga Besar Uda Dayak.
Sebelum ini, kami hanya bercadang ingin membuat kenduri keluarga besar ini tetapi tidak berupaya untuk merealisasikannya memandangkan komitmen lain yang mendesak.
Akhirnya, saya dan Yob Jali berjaya melaksanakan misi tersebut pada hari yang dijanjikan dengan pertemuan nostalgia dihadiri oleh pelbagai jurai Uda Dayak yang sebelum ini tidak diketahui asal usul kami.
Rupanya, Kg Tualang Sekah merupakan tempat sejarah KBUD yang menyimpan seribu rahsia kekeluargaan ini.
Lanjutan dari itu, perbincangan dan sesi bersogheh telah diadakan dan kini hampir 75 peratus daripada ahli keluarga ini telah dapat disatukan.
Seterusnya, kami akan melaksanakan program Himpunan KBUD yang akan diadakan pada 18 Mac 2017 di Kg Tualang Sekah.
Mudah-mudahan segala perancangan tersebut akan berjaya...

Sunday, 25 December 2016
Thursday, 17 November 2016
Cikgu Rauhi, dalam kenangan
15 November 2016, jam 1045 malam di Hospital Ipoh...pengakhiran hayat beliau di sisi isteri dan anak-anak selepas bertarung dengan siri demi siri penyakit yang dialaminya sejak akhir-akhir ini.
Kesihatannya mula menurun sekitar tahun 2016, susut berat badan dan tidak seimbang perwatakannya serta kurang menulis di blognya.
Lahirnya, tahun 1953 di New Pasir Putih, Ipoh. Meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam tahun-tahun 1970-an, aktif kegiatan ko-kurikulum terutamanya persilatan Melayu dan merupakan pelopor kepada keujudan silat cekak di UM.
Menjadi jurulatih silat sepanjang pengajiannya, pernah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan di pinggang selepas terjatuh ketika terbang setinggi 5 kaki lalu ditepis oleh pesaingnya. Namun, tidak melunturkan semangatnya berjuang sehingga akhir hayat dalam dunia persilatan.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah, meneruskan kerjaya perguruan dan mula mengajar di Sekolah Menengah Felda Lasah sekitar tahun 1977 hingga 1978.
Jawatan terakhir beliau, Pengarah Pendidikan Negeri Perak membuktikan iltizamnya ingin membentuk anak Perak agar mencapai keilmuan tertinggi dalam apa jua bidang yang diceburi.
Sepanjang beliau mengajar di sekolah pedalaman, banyak aktiviti yang telah dilaksanakannya terutamanya dalam mengenalpasti anak-anak yang ada potensi masa depan. Beliau sering mengambil peluang menyelami kisah sebenar apa permasalahan si anak muridnya dengan mengunjungi rumah mereka dan bertanyakan ibu bapa lalu menyelesaikan situasi.
Ianya, terbukti berjaya membentuk sahsiah si murid dengan kekuatan minda di samping dorongan dan sikap positif yang ditunjukkan menjamin kelangsungan hidup seseorang. Sentuhan ajaib beliau menghasilkan kejayaan yang ajaib terhadap anak muridnya.
Percayalah, beliau mampu mengaktifkan pemikiran anak murid yang disentuhnya dengan corak kepelbagaian mengikut situasi kejadian yang terjadi lalu memungkinkan mereka menempa kecemerlangan. Beliau tidak minta dibalas atas apa yang telah ditabur tetapi menabur bakti yang bertebaran seperti kelopak-kelopak ros yang berterbangan di udara.
Hari ini, beliau telah kembali menemui Penciptanya tetapi segala kata-katanya tetap diingati sebagai pembakar semangat kami yang pernah mengenalinya. Seorang yang suka berbuat baik, membaikkan orang dan menyangi semua orang termasuk keluarganya sendiri.
Semasa kanak-kanak, beliau rapat dengan ibu dan kakaknya. Apabila dewasa, seorang yang rajin belajar dan berkemas serta memasak. Sebelum berkahwin, berulang alik dari rumah ibunya menaiki bas setiap pagi ke pekan Sungai Siput lalu menumpang kereta ustaz meneruskan perjalanan ke tempat mengajar di Felda Lasah.
Terlalu banyak untuk dicoretkan tetapi cukuplah sekadar itu ketika ini...

Sunday, 6 November 2016
Zulaiha di Majlis Konvokesyen UIAM Gombak pada 6 Nov 2016
telah disempurnakan oleh Dr Annuar, Duta Lebanon ke Malaysia
Monday, 31 October 2016
55 Tahun Lalu...
23 Oktober 2016,
Lima Puluh Lima tahun melayari kehidupan bersama keluarga yang terdiri daripada isteri dan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan...
Aku masih berada di Rawang, mengisi masa lapang dan senggang dengan membuat kerja-kerja kemasyarakatan sekitar Kg Melayu Batu 16...

Subscribe to:
Posts (Atom)