Friday, 20 December 2019

Keluarga MILlNA

Salam Sejahtera, menjelang terbit matahari hari ini...peluang ini dinukilkan apa jua intisari yang terpendam.

Semalam teringat pula Profil Peribadi yang sudah lama tidak dimodifikasikan, kini keluargaku sudah makin membesar organisasinya.

16 tahun usia persaraanku maka sudah 16 perkara besar aku lalui pengalaman hidup bersama pasanganku, anak-anak yang bertiga disusuli menantu perempuanku; Hani yang hadir pada tahun 2018 dan kini ada seorang cucu sulung, Sofea.

Tahun ini, 23 November 2019 hadir seorang lagi menantu lelaki, Faizal dan anak tengah telah pun berumahtangga. Dan, tinggal anak perempuan bongsu yang akan memulakan kerjayanya pada Isnin, 23 Dis ini di Wangsa Maju.

Maka, kehidupan ini seperti lingkaran roda yang sentiasa berputar dan bergolek...seterusnya memaksa dan terpaksa menempuh liku dan selekuh, hanya yang tabah sahaja mampu meneruskan kehidupan yang akhirnya mampu tersenyum.

Teringat ketika masih berkhidmat di bawah Pemerintahan Markas 8 Briged di Kota Bharu. Aku salah seorang staf yang terlibat sebagai pelaku dalam acara Pentonmen Sambutan Alam Mellanium di Stadium National Bukit Jalil. Sepanjang 3 malam pertunjukan ketiga cabang ATM dipertontonkan kepada pengunjung dan kehadiran SPB Yang Di-Pertuan Agong memeriahkannya; aku merasai detik sejarah memasuki Abad Ke-21 secara peribadi.

Tak terfikir yang kini  menguasai fikiranku, rupanya setiap abad. itu ada perubahan drastik yang menguasai kehidupan dunia ini. Hanya yang cekal dan kuat keimanannya pada Yang Maha Esa akan mampu meneruskannya.

Pasrah menyerahkan segala-galanya padaMu Ya Allah, betapa kerdilnya aku membawa amanah ini dalam membina sebuah keluarga besar yang aku patrikan sejak 21 Jun 1986 yang lalu.




No comments:

Post a Comment