Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) merupakan perintis tertubuhnya pasukan rejimen askar Melayu di negara ini dan ia bermula dengan pengambilan 25 anggota pada tahun 1933.
Kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan tersebut telah menarik perhatian pemerintah British ketika itu untuk menukarkannya kepada sebuah batalion.
Serentak dengan itu, pengambilan anggota dipercepatkan, melibatkan penambahan 232 anggota baru, penubuhan dua kompeni tempur, platun bantuan yang dilengkapi dengan senjata jenis Vickers, satu seksyen semboyan dan satu unit tambur.
Pada 1 Januari 1938 secara rasminya Batalion 1 RAMD telah ditubuhkan di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kekuatan nggota seramai 17 pegawai tentera British, enam pegawai tentera Melayu, 11 PTT Kanan British dan 759 anggota LLP.
Penubuhan batalion itu juga merupakan strategi British untuk bersedia sebarang kemungkinana ekoran tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah ketika itu.
Pemerintah pertama batalion tersebut merupakan Lt Col G.M.C.Bruce manakala pegawai memerintah Melayu pertama merupakan Lt Kol Tengku Ahmad Almarhum Tengku Besar Burhanuddin yang juga pegawai ke 13 batalion tersebut pada tahun 1960.
Sejak ditubuhkan, batalion itu telah ditempatkan di 21 kem di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan juga Singapura yang masih menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu ketika itu.
Bermula 1 Januari 1989, batalion tersebut telah disusun semula menjadi Batalion Istiadat dan ditempatkan di Kem Sungai Besi sehingga hari ini.
Banyak sejarah pahit dan manis telah ditempuh oleh batalion itu sejak ditubuhkan selain pernah terlibat menentang komunis di Tanah Melayu, terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan juga mempertahankan negara daripada serangan tentera Indonesia apabila berlaku Konfrantasi Malaysia-Indonesia pada 1961.
Keberanian batalion itu amat dibanggakan kerana sanggup berjuang bermati-matian di medan peperangan sehingga rmai anggota batalion yang terkorban semasa mempertahankan negara. Salah seorang anggota batalion yang terkorban semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua ialah Lt Adnan Saidi.
Selain menjalankan tugas-tugas mempertahankan negara serta perbarisan istiadat di dalam negara, batalion ini juga terlibat dalam penugasan awam di London.
Kejayaan dalam melaksnakan tugasan awam atau public duties itu telah membuktikan keupayaan Batalion 1 RAMD serta meningkatkan imej ATM setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
Sementara itu, Panji-panji Rejimen bagi batalion tersebut setakat ini telah empat kali ditukarkan sejak penubuhannya pada tahun 1933. Pad 12 Februari 1950, di Kem Taiping, Perak dan pada 16 April 2002 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Penukaran panji tersebut adalah disebabkan keadaannya yang lusuh ekoran kerap digunakan untuk pelbagai istiadat serta mengiringi perbarisan Kawalan Kehormat Utama sama ada di dalam mahupun di luar negara.
No comments:
Post a Comment