Mengharungi kehidupan sebelum menjadi tentera, langkah terbaik selepas tamat persekolahan tingkatan 5 di SMK Felda Lasah. Pernah bekerja sebagai 'waiter' di Restoren Mawar, Restoren Melor dan Restoren Kencana, kesemuanya di Ipoh. Kemudian berpindah ke Rawang, bekerja dengan Mudajaya Construction Sdn Bhd sebagai 'despatch clerk'. Pengalaman tersebut amat bermakna kerana saya pernah dikerah untukl 'moop' lantai selepas restoren tutup niaga sehingga jam 12 malam selepas itu 'jogging' di stesen keretapi Ipoh hingga jan 1 pagi. Polis yang berkawal cuma menegur, "rajin jogging!"...cuba la ni, kena hambatlah jawabnya.
Sebagai bekas tentera sejak 1 Jan 2004, aku kembali mengingat kisah muda dulu-dulu..apa aku nak buat selepas keluar dari tentera. Aku pernah mengikuti pelbagai kursus di dalam tentera, namun bila sudah keluar dari hiruk-pikuk dalam kem, ...di luar lebih cerah, nampak pula bisnes sana-sini jauh beza dari zaman dulu.
PBTM YANG DITUBUHKAN LEBIH 88 TAHUN LALU OLEH BRITISH TELAH MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN BAGI MEMBANTU BEKAS TENTERA YANG BANYAK BERJASA KEPADA NEGARA.
Apa yang diperlukan oleh bekas tentera kini adalah mencari pakar rujuk. Sewaktu aku jadi 2ic di 92 Skn Simpan, 7 Skn RAJD dan 1 Skn RAJD - menghadiri seminar bakal pesara tentera selam sehari dan bila balik ke unit, nothing! Kita bekerja lagi ketika itu, nak cakap benda yang tak tahu apa berlaku di luar. Kesibukan berpanjangan di meja tulis, telefon berdering, permasalahan anak buah dan nak jaga orang atas dengan kerenah pelbagai menyebabkan tertangguh maklumat untuk pesara.
Sekarang, bila dah bersara...sibuk pula dengan cara yang pelbagai! Lebih hebat sibuknya dari waktu bekerja dulu. Tetapi, mana ada unit yang nak panggil untuk buat ceramah mengenai kesimpulan yang patut dibuat oleh pesara ketika menjengah kaki keluar dari kem.
Aku mengikuti kursus peralihan bersama Inovatif Reka Bina Sdn Bhd sebagai Pengurus Projek selama 6 bulan bersama Mej Mazlan Othman (B) dan menawarkan aku sebagai Pengurus selepas itu. Aku memilih kerjaya sendiri sebagai Pengurus di Seratak Anjung Resort dan Pengurus di NAF Country Homes. Kemudian beralih kepada bidang galeri sejarah di First Galleria, Taiping Bandar Warisan. Dan, kini melibatkan diri dalam bidang landskap di Rawang...menguruskan landskap banglo-banglo baru di perumahan 'Emerald Rawang'.
No comments:
Post a Comment