Saturday, 3 May 2014

Wang istilah zaman moden

Aku masih ingat, tahun 1978. Aku kerja panjat pokok getah di felda lasah ketika cuti sabtu-ahad. Sehari tu, adalah 5 pokok dicantas dahan yang tak berguna kemudian balik rumah bawa duit lima ringgit...belanja sekolah 15 sen sehari..fikirlah. Boleh kenyang ke, itulah yang dialami sehingga aku cari kerja budak restoren dengan upah 60 ringgit sebulan dan kerja budak pejabat dengan upah 70 ringgit sebulan dan masuk askar jurutera dengan elaun 120 ringgit sebulan dan selepas 6 bulan, bergaji 360 ringgit sebulan (belanja cara orang bujang ketika itu, baru habis 50 ringgit sahaja)...hantar emak, belanja pakaian adik beradik dan saudara mara dan makan minum...tunggu cukup bulan tepuk lagi! tabik tuan, dapat duit...setiap bulan itulah kerjanya.
     Hari ini, aku dah pencen secara pilihan ketika berumur 43 tahun sejak 1 Januari 2004. Aku gunakan kaedah 'REMPUH HALUAN SENDIRI', pernah dapat beberapa tawaran kerja seperti penyelia Istana Bukit Chandan , bentara Dewan Negara, ketua keselamatan LHDN dan seumpamanya dengan gaji lumayan juga. Namun, aku rempuh haluan sendiri melihat diri, isteri dan anak-anak yang sedang membesar. Wang baki hasil simpanan sewaktu bekerja selama 24 tahun akan aku gunakan untuk memberi ILMU kepada mereka yang di bawah tanggungan aku.
     Wang amat diperlukan setiap masa, tanpa wang sudah pasti anak-anak tak capai apa yang dihajatkan.Aku korbankan kerjaya yang ada untuk memastikan anak-anak tidak ditamu dengan wang. Ketika anak belajar, ada rezeki tertentu yang Allah Taala kurniakan.
     Kini, 10 tahun telah berlalu. Anak sulung masih di Universiti Malaya, kedua di UIAM Gombak dan bongsu di UPM Serdang. Mereka memilih bidang masing-masing dalam bidang berbeza sama sekali dan dapat dikategorikan kepada Sains Sosial, Sains Kejuruteraan dan Sains Gunaan...alhamdulillah.
     Wawasan Rempuh aku sudah ada laluan mengubah destini anak sendiri dan apa jadi kepada anak buah aku yang telah aku didik di seluruh negara ketika bertugas suatu ketika dahulu. Antaranya, seorang pemuda yang mempunyai diploma memasuki rikrut di PUSASDA telah aku angkat menjadi pegawai graduan dengan pangkat Leftenan pada tahun 1996. Terkini beliau telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda UUM dan pangkat beliau terakhir Mejar.
     Tanpa wang yang banyak, berbagai perkara boleh dilakukan wahai rakan dan teman. Inovasi dan kreativiti memainkan peranan penting...janakan minda ke arah positif pasti menghasilkan pendapatan. Tetapi simpanlah emas kerana ianya boleh digunakan suatu masa sesak nanti kerana nilainya! Wang nilainya makin lama makin menurun, RM10 hanya cukup sarapan pagi di sekitar KL, gaji RM3000 di KL, hanya cukup makan...bagaimana pula nilai emas seberat sekati tahun 1874 yang dijual la ni...oleh itu carilah emas hidup berkilau...

No comments:

Post a Comment