Dua tahun kebelakangan ini, keupayaan ATM sering diuji dengan beberapa insiden yang mencatat sejarah negara dan menjadi tumpuan dunia.
Bermula dengan pencerobohan Lahad Datu pada Februari 2013, Malaysia digemparkan pula dengan kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Penumpuan harus diberikan kepada aset kejuruteraan tentera masa kini dan akan datang agar bertepatan dengan keperluan. Seharusnya, buah fikiran segenap lapisan kepimpinan memberikan idea bernas untuk mencari jalan pintas demi keutuhan pasukan. Sudah sampai masa dan ketikanya, pasukan jurutera melancarkan tim 'combat jurutera' yang boleh diaturgerak secara bersendirian dan mampu melaksanakan tugas dengan berkesan atas dasar boleh laksanakan kerja di mana-mana sahaja.
Seorang sapper boleh saja bertugas samada di daratan, lautan dan udara. Inilah yang dapat dibayangkan sewaktu bertugas tempohari...kini aku terkenang kisah 'Highland Tower' yang runtuh pada suatu pagi sewaktu aku di tingkat 15 KEMENTAH, melihat kelibat berpuluh-puluh ambulans ke arah Zoo Negara. Apa yang berlaku, pasukan 91 Rej Bina RAJD dihantar ke lokasi dan bertembung dengan PDRM yang tak ketahuan apa nak dibuat...maka bertengkarlah Panglima dengan Pesuruhjaya di hadapan khalayak wartawan tempatan. Aku terlibat membuka bilik gerakan di Haigate dan sempat meninjau tapak runtuh tetapi yang aku lihat hanya kelibat tim penyelamat Sepanyol, kemudian tiba pula tim penyelamat Jepun. Sehabis operasi, mereka tak bawa balik alatan menyelamat dan ditubuhkan tim penyelamat Malaysia dan antaranya anggota RAJD.
Selepas 61 tahun, RAJD melangkah dengan megahnya dipersada antarabangsa dan anggotanya telah menabur bakti ke seluruh pelusuk dunia. Antaranya, Bosnia dan Lubnan. Aku juga pernah disediakan untuk bertugas di Timur Timor tetapi di saat akhir akur dengan arahan pembatalan maka baliklah kami ke pasukan. Pihak kerajaan mereka berkehendakkan negara Filipina mewakili PBB sebagai pasukan pendamai...hinggalah aku bersara, tak pernah keluar negara.
Tahun 2014, Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) Kem Mahkota Kluang menjadi tuan rumah sempena ulang tahun ke 61 penubuhan RAJD. Ia sering diselang-seli antara Taiping, Kuala Lumpur dan Kluang. Sudah sampai masanya, Kluang sepatutnya menjadi tuan rumah sehingga tahun 2020. Ini boleh memberi peluang, veteran RAJD dari seluruh negara tidak tertanya-tanya nak ke mana bila tibanya tarikh 22 April setiap tahun.
Aku bertungkus lumus mencari maklumat di dalam internet sejal 20 April yang lalu, namun hampa kerana tiada maklumat. Atau, aku ketinggalan zaman kerana tidak berhubung dengan rakan-rakan. Aku pun sedar, rakan yang ada semasa nombor 1029, dah lama menghilangkan diri. Rakan setugas yang berbaki pula sentiasa ada tugasan, kalau bersembangpun, sambil lewa. Ini lumrah berorganisasi samada apa jua perkhidmatan, apa lagi mahu minta projek atau minta nak buat amal di masjid. Ini semua sudah aku alami dan akan dialami oleh semua penjawat awam yang bersara. Tunggu.....
Cabaran Sapper LLP dan Pegawai sama sahaja, sewaktu aku kursus Kombat Jurutera Kelas 2 dan Asas Pegawai Jurutera mesti berusaha sehingga membawa faedah kepada pasukan infantri untuk kejayaan di dalam pertempuran. Ini adalah usaha yang bukan sedikit masa, tenaga dan fikiran yang akan membuahkan hasil sehingga ke alam persaraan buahnya boleh dituai. Semasa kursus tersebut, subjek asas iaitu mengangkut besi jambatan pasti ada cabarannya, iaitu saling bekerjasama. Apa akan jadi selepas bersara, masing-masing haluan dan arah tuju bercabang.
Tahun depan tak lama lagi, apa cadangan Pengerusi RAJD untuk pesara pegawai yang masih terkial-kial di luar keseorangan dan mengenangkan kisah lama sewaktu kursus tetunya mengidamkan kelas harian, gelak tawa dan pelbagai reaksi jurulatih yang mudah letih melayan keletah anak buah. Anak buah dari pelbagai latar belakang, menyukarkan jurulatih menerangkan satu-satu subjek kerana anggota jurutera tidak dilatih memahami sesuatu tetapi menyampaikan sesuatu...bila balik ke pasukan ikut-ikutan orang lama. Akhirnya, bila pencen tentera,...terkapai-kapai di daratan. Orang lain dah lama kaya dan bahagia! Kepakaran RAJD hanya laku sewaktu dalam perkhidmatan dan di luar perlukan Diploma dan Ijazah. Apa kata, iktirafkan pencen PW diberikan tahap Diploma Kejuruteraan Tentera Malaysia dan pencen Kapten tahap Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Tentera Malaysia.
Sampai bila keadaan ini akan berlaku, entah.
No comments:
Post a Comment