Saturday, 3 May 2014

Lain Padang Lain Belalang

Kebanyakan orang lama dalam Jutra sering membuat tugas di Sabah dan Sarawak sewaktu awalan kemerdekaan negara. Masa itu, anak isteri sering kena tinggal kerana sesuatu projek yang dijalankan seolah-olah satu skuadron yang membuat tugas tersebut. Maka, siapa yang tinggal di kem...entahlah kerana ketika itu tiada pula pranita, agak-agak yang tinggal belakang adalah orang sakit!
     Maka, dikhabarkan berkelanalah sapper-sapper di ceruk rantau, ada yang tinggal di kongsi balak dan gudang pelabuhan. Untuk keluar ke pekan, ambillah peluang melihat negeri orang sambil menjamu mata melihat kelibat orang jarang jumpa samada kaum terpencil dan seumpamanya.
     Skuadron Jutra yang terdapat di Kem Sanggro ketika itu hanyalah 1 skn dan 2 skn...maka bersilih ganti demi menyahut seruan kerajaan untuk pembangunan luar bandar. Itu cerita dahulu kala, kini rakyat sana pula berkhidmat di sini dan melaksanakan projek di serata tempat.
     Malaysia bertuah kerana ada barat dan timur, jadi anggota tentera boleh berkhidmat di mana saja...malahan kini ada yang sudah bertugas di luar negara. Kenangan baru makin bertambah dan veteran tentera akan terkenang kisah silam seorang diri di rumah masing-masing. Mana yang kaya, sibuk ke hulu dan ke hilir serta mana yang miskin asyik berboraklah di kedai kopi dari pagi hingga ke pagi esoknya.
     Lumrah alam pencen, mencari hiburan cara lama walaupun kita generasi baru. Yang baru akan bertukar jadi lama dan silih berganti sejak dahulu lagi. Jika dulu, pencen seribu dah mencukupi tetapi kini tiga ribu pun cukup makan saja.
     Bagaimana untuk mengatasi masalah ketidakcukupan wang, anda tanya aku jawab...

No comments:

Post a Comment