Tuesday, 20 May 2014

Sekolah Jurutera

Namanya sekolah...tempat menyekolahkan otak aku supaya jadi jurutera tentera. Sewaktu aku minta nak jadi tentera, aku dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan di unit RAMD Kem Bentong. Itupun, selepas aku memilih SMK Sultan Sulaiman Bentong sebagai tempat memohon jadi askar.
      Nak dikisahkan, CO 13 RAMD pernah aku jumpa di rumah bersembang dengan abang saudara yang jadi 'engineer' daerah Bentong. Kekadang CO datang dengan 2IC, berborak dengannya di rumah jurutera daerah sehingga aku terlena...tahun 1979.
      Abang saudara aku, bekas putera MTD...meneruskan pengajian di UM dan jadi jurutera JKR!
      Aku pula jadilah jurutera tentera! Kalau abang saudara aku buat jejambat, aku pula buat jambatan Bailey...belajar di Sekolah Jurutera Kluang. Itulah tempatnya, dah tak boleh tukar ganti kerana ikut cakap orang putih, Kluang amat sesuai. Maka, setiap kali kena naik nama untuk kursus, naiklah keretapi dari mana-mana stesen KTM untuk hadirkan diri. Sekali kursus, 6 hingga 9 bulan. Letih sesangat!
      Aku masih ingat sewaktu 6 bulan kursus YO tahun 1998, hanya 2 kali tak balik ke rumah di KL. Agak-agak berapalah modal ulang-alik tu...
      SJTD mendapat tempat selepas penubuhan unit jurutera pada tahun 1953 di Balaclava Line, Kluang. Dan, Kluang ada stesen keretapi berbanding Port Dickson. Melihat perkembangan semasa, Kluang akan terus mendapat tempat di hati spr-spr yang baru melaporkan diri...ingat, jurulatih jurutera tidak pernah mendera tetapi besi-besi jambatan secara fizzikalnya akan membebankan anda. Bila anda pencen, anda akan ingat kembali yang suatu masa dulu anda telah bekerja keras untuk menimba ilmu kejuruteraan tentera darat.
      Sengal badan akan terasa selepas anda pencen, sebab anda dah malas nak PT. ..dan, malas nak 'check' anggota badan, makan vitamin dsbnya.
      Ada nama jurulatih yang masih dalam kenangan, ...lupa dah!.nak ingat muka pun, juga lupa. Tapi, jasa encik-encik amat dihargai. Mereka semua banyak jasanya, harap generasi mereka semuanya berjaya dalam kerjaya.    

No comments:

Post a Comment