Monday, 19 May 2014

Pengalaman jadi seorang Sappers

Selepas tamat latihan rikrut di PLR 7 Skn Jurutera, Kem Mahkota, aku di hantar ke Sekolah Jurutera untuk tapisan sebagai jurulatih. Sebelum memulakan kursus, aku diberi tugasan selaku Oderli Koperal dan bermulalah pengalaman memberi tugas pengawal kepada anggota kursus yang jumlahnya 1000 dalam satu- satu masa.
     Hinggakan aku dikenali sebagai pemurah memberi "excuse" kepada pengawal pengganti masuk lewat sehingga sebulan tanpa 'duty' dan masuk lewat tanpa baris. Pejabat aku bersebelahan pejabat RSM dan ketika itu disandang oleh Encik Mooorthy. Dia seorang yang boleh dipercayai dan sentiasa membela aku. Dia juga pernah 'warning' anggota ketika baris pagi depan pejabat tadbir agar jangan kacau aku. LKpl Latiff, siapa tak kenal, penghafal nombor tentera...siapa lalu depan pejabat, terus naik 'duty'.
      Siapa tak kenal Komandan ketika itu, Tuan Othman yang digelar oleh semuanya sebagai , lupa lah pulak! Semua tak mahu jadi 'batman' di rumahnya tapi aku sahut cabaran SSjn Renggasamy, siapa mau jadi batman rumah CO..aku lantas angkat tangan. Dan esoknya, aku disambut oleh CO di depan pintu, terus diajak minum kopi bersama.

Beberapa tahun selepas itu, di 7 Skn RAJD, Kem Desa Pahlawan...aku dipeluk oleh Lt Kol (B) Othman bin Sulaiman yang tak menjangkakan batmannya dulu telah jadi pegawai terup pada tahun1999 di padang kawad sempena HUT RAJD ke 23 tahun.

Kembali kepada kenangan di Sekolah Jurutera, kali pertama aku naik helikopter bersama tim 'booby trap' untuk ke pulau rusa, penyabong bersama PWII Chye dan berkampung di situ selama seminggu. Puas aku terjun 15 kaki dari heli ke atas tebing batu tepi laut dan tanpa pengalaman aku paling lewat terjun. Apa lagi, terjun springlah...
     Aku mula jejak kaki jadi askar di unit 7 Skn Jurutera di Kem Mahkota dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Terup di unit yang sama ketika di Kem Desa Pahlawan. Aku sempat menyiapkan 'scrapt book' dan beberapa artikel untuk Buletin RAJD ketika OC Mej Zulkipli, OC Mej Tajul dan OC Mej Nasarudin...kini, Mej Zul dah Lt Kol di Mindef, Mej Tajul dah jadi orang besar di SPNB dan Mej Nasa dah Lt Kol, atache tentera di Belanda. Tabik tuan,...aku sekarang di Rawang, buat 10 kerja setiap hari dengan pendapatan seorang Sappers masa ini.
     Aku bangga jadi Sappers ketika umur 18 tahun pada tahun 1980! Kini umurku dah 52 tahun dan aku bahagia kerana 'buat apa saja dan di mana saja' mengajar aku boleh melakukan sebarang kerja tanpa jemu dan malu.
     Aku pernah belajar buat jalan, jambatan dan musnahkan kembali! Inilah resipi seorang 'sappers'.

No comments:

Post a Comment