Balaclava Line terletak di Kem Mahkota Kluang, tempatnya di hadapan unit artileri ketika ini. Itupun, dengar cerita orang lama yang tak dipastikan lagi. Orang lama yang tubuhkan unit jurutera menceritakan bahawa unit jurutera awal adalah serpihan unit artileri kerana ketika perang, anggota meriam akan menembak kapalterbang musuh dan anggota jurutera menghalakan lampu suluh ke arah sasaran itu.
Ada juga logiknya. Tetapi aku tetap pasti zaman dahulu kala sudah ada unit jurutera di dalam organisasi ketenteraan orang Melayu terutama semasa Kerajaan Melayu Melaka. Antaranya, melaksanakan tugas kejuruteraan sewaktu perang melawan Portugis yang dengar ceritanya ada juga digunakan meriam. Inilah rentetan kisah sejarah tentera yang sepatutnya kita ubah ke arah tentera menurut persepsi Malaysia. Malaysia ada segalanya, malah jika di ikuti perjalanan yang panjang ini pastinya terkasima generasi masa kini mengenang kisah silam yang cemerlang.
Apa yang aku nak kisah kali ini ialah apakah nama bendanya BALACLAVA dan SANGGRO itu? Itu bunyi macam kata orang kampung aku, sejenis makanan yang sedap bunyinya. Tak terfikir dek fikiran orang tempatan.
Yang pastinya, kisah unit 1 skuadron jurutera ditubuhkan oleh tentera British semasa era pentadbiran tentera di Tanah Melayu lagi, atau sekitar tahun 1953. Itupun, selepas 20 tahun unit askar melayu ditubuhkan di Port Dickson. Bermula dari situ, mereka yang ada tokoh telah menubuhkan pusat latihan jurutera yang kini dikenali sebagai IKEM. Dengar cerita, di awal penubuhannya, kertas pun tiada dan gunalah apa saja penerangan yang mampu serta alatan yang diperbuat daripada kayu atau batu.
Kini, IKEM ada segalanya termasuk alatan menimbang tanah liat yang telah diserbukkan. Nama Hashim Tuan terkenal sebagai jurulatih pertamanya...mengajar pegawai jurutera termasuk Pengerusi RAJD sekarang. Sanggro masih ujud di Taiping dan aku pernah melibatkan diri menyusuri sungainya dari hulu ke hilir dan mengetahui di mana lubuk dan di mana ikannya...anggota yang pernah berada di unit ini beribu kali bertukar ganti..banyak kisah suka duka bersilih ganti antara benar dan palsu, nyata dan kelabu.
Sanggro menyimpan misteri...sejak dulu lagi unit ini kekal di situ, tak terfikirkah untuk ditukar lokasi ke Kuala Kangsar, binalah kem di tebing sungai yang antara bersejarah di Malaysia ini. Biarlah anggota jurutera dari unit ini dipilih dari kalangan yang pandai berenang dan menyelam, menjadi orang dulu-dulu yang pandai bertukang dan menganyam. Fikirkanlah!
Itulah kisah yang aku nak diceritakan kepada para pegawai yang kini sedang berkhidmat cemerlang, ikuti sejarah dunia jurutera sehingga aku nyanyuk kerana aku kini dah berumur. Ketika aku jadi sapper, umur genap 18 tahun, andainya aku di usiakan 81 tahun, insyaallah aku sempat menghadiri HUT RAJD ke 100 tahun di IKEM yang ketika itu mungkin cucu aku jadi pegawai dalam RAJD menolak kerusi roda berjalan-jalan sekitarnya mengenang kembali kisah aku semasa kursus di situ,...kena rendam dalam dam! dan macam-macam jurulatih pekena kami namun kisah lama takkan kembali lagi. Semoga jurulatih kami skuad 1029 akan berbahagia di alam persaraan. itulah ...kisahnya!
No comments:
Post a Comment