Wednesday, 28 May 2014

Yang Di-Pertua RAJD

Ketika itu, aku masih penuntut kursus Kelas 2 Pelukis Pelan sekitar tahun 1982...kedengaran seluruh pelusuk desa kem mahkota mengatakan Sultan Perak memandu keretapi dari Kuala Kangsar ke Kluang untuk satu lawatan diraja ke Sekolah Jurutera. Sebagai anggota baru, aku memerhati saja kereta diraja melalui hadapan bilik bujang melalui tingkap...ketika itu Sultan Idris Shah dan dipinggangnya sentiasa terselit 2 pistol.

Kini, pada hari ini (29 Mei 2014) - Yang Di-Pertua RAJD, Almarhum Sultan Azlan Shah akan di makamkan di Makam DiRaja Bukit Chandan pada jam 3 petang. Almarhum mangkat jam 1.30 pada 28 Mei 2014 di IJN Kuala Lumpur selepas beberapa ketika gering kerana lanjut usia.

2003, sempena sambutan Jubli Emas RAJD, baginda hadir dengan pakaian istiadat ketenteraan menerima tabik hormat diraja di atas pentas diraja, dengan segak dan bergaya diiringi Raja Nazrin Shah.

Kenangan kembali ke zaman lalu, aku mengikuti perkembangan baginda dari masa ke masa terutama ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong antara 26 Apr 89 hingga 25 Apr 94. Aku akan memastikan deraf Watikah DiRaja kepada Panji-panji DiRaja yang dikurniakan kepada RAJD adalah sebaik mungkin dan serapi mungkin untuk ditandatangani oleh baginda. Ketika itu aku menjadi penyelia pelukis pelan DTD - Jabatanarah Jurutera dan aku membuat sendiri menggunakan segala kudrat untuk diluluskan oleh Mej Zaman yang terkenal garangnya. Beliau bagi 'weekend' seminggu kerana aku berjaya melaksanakan tugas itu.

Pernah bersama baginda ketika beliau bermain golf di sekitar Sepang sempena HUT RAJD ketika Brig Jen Dato Hashim menerajui RAJD.

Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke 34 - berjiwa tentera dan serius dalam memastikan RAJD ke hadapan menuju wawasan negara.

No comments:

Post a Comment