Selepas beberapa lama aku berkelana di Sekolah Jurutera, ketika masih bujang aku diarahkan bertukar ke SPEKA.
...sebagai spr, masih terkial-kial mencari arah tujuan maka aku berkelana pula ke Kuala Lumpur melapor diri di 92 Skn Simpan dan bertemu dengan OC memberitahu yang aku akan di hantar ke Kem Bukit Fraser. Di sana aku kena kerja dengan staf-staf baru di tempat baru..yang sentiasa sejuk udaranya.
Maka aku tinggal lah di banglo tinggalan orang putih dan bermain bola waktu tengahari buta dan selimut setebal 5 lapis dan kisah sejuk-sejuk sentiasa. Mandi pagi, berasap badan dek sejuknya tempat itu...
Suatu ketika sedang kami bermain bola di padang, sebuah helikopter berlegar di ruang udara macam nak turun...memang betul besi itu turun kat padang. Maka turunlah abang saudara aku, datang bertemu dengan aku memberitahu yang dia kena ikut PM Dr Mahathir mencari tapak Universiti Islam Antarabangsa. Ketika itu abang saudara tadi menjawat Jurutera Daerah JKR Bentong. Ini kisahnya tahun 1983...
Nak jadi cerita, aku masih di atas bukit tu..hari minggu naik bas turun ke KL. Bila nak balik ke atas, teras mual dan seram sejuk.
Itulah kisah di sana, bila bulan puasa nasi menimbun dihiasi pucuk pegaga yang dikutip tepi tebing jalan menuju ke pekan kecil, yang tiada pun kedai runcit. Hotel mahal adalah!
Selapas beberapa bulan, aku kena pindah pula ke Port Dickson. Di Kem Sebatang Karah, memang aku sebatang karah di sana...berkelana lagi. Hari Jumaat petang, berbondong-bondonglah orang dari KL dan ceruk rantau datang bersiar-siar santai di pantainya..indah lagi ketika itu,..yang ada Hotel Ming Court. Airnya amat ketara bersih, aku memang setiap petang turun ke laut mengira banyaknya ombak menghempas pantai.
Aku bekerja dengan Komandan Kol Borhan (GGK) dan staf juruarah seramai 5 pegawai kanan berpangkat Kol. Sebelum itu, Kol Rashid (RRD) dan selepas itu Kol Lim (RRD). Paling diingati, Kol Borhan kerana selepas itu, beliau jadi PAT.
Di sini, aku ditugas tambahan sebagai jurufoto tentera, bertugas ketika latihan luar bersama peserta kursus yang rata-rata berpangkat Lt Kol dari semua unit. Ada juga tugas lain seperti staf dari Tentera Australia yang membuat kursus pengurusan tentera kepada pegawai berpangkat Mejar. Dan, antara yang aku masih ingat, mereka ialah Maj William, Capt Smith, Capt Sandy...WOII Doyle. Aku bawa mereka makan nasi dan sambal belacan di Rawang, mereka ajak aku ke Australia suatu hari nanti,..hingga kini aku tak ada kesempatan nak ke sana.
Apakah tugas aku di SPEKA?...tugas tetap sebagai 'draugthsman' membawa lambang 'UBIQUE' dan boleh melakukan tugas pelbagai di tempat orang. Aku selesa bertugas dengan pelbagai latar belakang, pelbagai pangkat dan pelbagai unit.
No comments:
Post a Comment