Salam Skuad RAJD kepada rakan-rakan yang sedang bertugas dan veteran skuad 3 kupang dan skuad sekupang...semalam, pada tarikh 22 April 2014 - HUT RAJD KE 61. Maka, aku berharap rakan dan taulan yang mengenali Kapt Jamil Ralib adalah dengan ini memaklumkan aku kini berada di Rawang, Selangor selepas genap 10 tahun berpencen. Pencen pilihan selepas 24 tahun bertugas dengan RAJD dan pernah berkhidmat selama 15 tahun sebagai LLP sehingga SSjn (Penyelia Pelukis Pelan) di 91 Rej Bina RAJD sebelum ditauliahkan sebagai Pegawai Tugas Tetap pada Jun 1997 dengan pangkat Leftenan.
Rakan-rakan yang saya ingati sekelian...bertugas sebagai pelukis pelan di mana-mana unit luar RAJD merupakan satu keunikan luar biasa sekiranya kita menganggap 'anak emas' adalah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Aku masih ingat, di mana aku bertugas dapat anugerah cemerlang sehingga tahap anugerah SPB Agung menganugerahkan watikah pangkat Leftenan yang ditandatangani oleh Sultan Azlan Shah.
Dan, yang paling terkesannya, aku ketika bertugas sebagai Pen Peg Pemerintah di 1 Skn RAJD diberi tugas menyelenggarakan 'Jubli Emas' RAJD di Kem Sanggro pada tahun 2003. Ia dihadiri oleh Paduka Seri Sultan Perak sendiri dan ketika itu aku dapat berjumpa sendiri dengan veteran jutra dari zaman penubuhan awal skuadron jurutera ini. Amat terkesan, seolah-olah aku dapat berkhidmat selama 50 tahun dalam kor ini.
No comments:
Post a Comment