Sewaktu aku saaaaaaaaaaaaampai, sekolah mengajar hal ehwal setor dan peluru baru ditukar nama dari sekolah kelengkapan. Memang lengkap unit ini temasuk menyediakan keranda kepada anggota tentera yang kematian sewaktu dalam bertugas.
Aku berada di pasukan ini selama 5 tahun dari bujang hingga berkahwin dan dapat dua anak. Pengalaman di sini amat membanggakan kerana kesesuaian rakan setugas samada awam dan tentera; LLP dan pegawainya termasuk Komandan yang berdedikasi serta petugas BAKAT yang sangat aktif.
Isteriku mula jadi aktif BAKAT sejak bersama pasukan ini. Sekolah Ordnans ibarat darah daging perkhidmatan kerana keserasian aku sebagai anggota tugas luar yang diterima baik oleh staf-staf yang ramah dan terbuka. Aku pernah dianugerahkan sijil khidmat cemerlang pasukan yang disampaikan oleh Komandan, seterusnya Anugerah Khidmat Cemerlang peringkat Tentera Darat oleh Panglima Medan Tentera Darat di Kem Sungai Besi.
Aku berbangga menjadi sebahagian daripada staf pasukan ini...sewaktu aku berkahwin di Rawang tahun 1986, mereka mengiringi aku dianggotai seorang Lt Muda Mustapha, seorang CC dan beberapa Kpl, LKpl dan Pbt. Terima kasih sahabat karib, semuanya datang secara sukarela dan aku tak ingat apa-apa kerana kegembiraan ketika itu dan kehadiran mereka aku panjatkan doa agar mereka beroleh kejayaan di mana saja.
No comments:
Post a Comment