Wednesday, 18 June 2014

Bangkit Semangat

Saidina Umar r.a. berkata - pegawai yang paling baik ialah orang bawahannya gembira dengannya, manakala pegawai yang paling jahat ialah orang bawahannya menyerang di bawah kekuasaannya.

Orang Melayu terkenal dengan kebangkitan semangat patriotik yang stabil dan harmoni. Sejak awal kemodenan mereka, dibentuk watak orang-orang kita ke arah perjuangan membebaskan negara dari cengkaman anasir negatif. Tidak berpanjangan orang kita di dalam keadaan stabil sekiranya diri, keluarga dan masyarakatnya diancam walaupun oleh sesiapa jua...

Wataniah adalah pasukan sukarela orang Melayu sejak berakhirnya gerila Force 136 di Tanah Melayu yang ditubuhkan di Pahang, Askar Melayu Setia bagi gerila Melayu di Perak dan Anak Melayu Setia bagi pasukan di Kedah. Ada juga orang Melayu menjadi anggota tentera Jepun dan anggota MPAJA dan komunis pula selepas itu...

Semasa Jepun di Tanah Melayu tahun 1941, gerila Force 136 di Pahang dipimpin oleh Leftenan Kolonel J D Richardson melawan tentera Jepun sehingga dibubarkan pada Disember 1945. Semasa kepimpinannya, beliau yang fasih berbahasa Melayu telah mendapat kerjasama Mej Yeop Mahidin, Kapt Razak dan Ghazali untuk mengumpulkan penduduk  Melayu menentang  tentera Jepun. Mereka berjawatan tinggi di Raub, Bentong dan Lipis sanggup berjalan kaki dari pekan Batu Malim ke dalam hutan sekitar Ulu Sungai, meredah hutan kira-kira perjalanan 30 Km sehingga berjaya menubuhkan 5 platun iaitu Raub, Dong, Sega, Batu Malim dan Kuala Lipis.

Selepas Force 136 dibubarkan, AP ditubuhkan untuk membantu pasukan polis mengawal kampung daripada ancaman komunis... pasukan Gerakan Am ditubuhkan untuk mengawal pinggir hutan, Tentera Darat diperbesarkan sehingga orang Melayu kebanjiran di dalam ATM. Orang Melayu bagaikan ada besi berani untuk melawan semua penderhaka negara dan ramailah wira-wira yang gugur di medan perang.


No comments:

Post a Comment