Wednesday, 4 June 2014

Orang Melayu di Malaysia

RAMD hanya dikhaskan kepada orang Melayu yang beragama Islam dan RENJER kebanyakannya kepada orang bumiputera Sarawak serta RAJD terdiri daripada pelbagai latar belakang. Pada hari 16 September setiap tahun, ulang tahun Hari ATM disambut bersama Hari Malaysia.
     Tidak seorang pun di antara kita perlu berasa diketepikan, sangsi atau terpinggir dalam menyambut hari yang amat bermakna dan bersejarah kepada negara ini. Dan ia juga bukan hanya untuk dikenang dan diraikan oleh generasi terdahulu. Generasi muda, tidak kira apa jua kecenderungan serta minatnya perlu dibawa bersama dalam arus menghayati erti Hari Malaysia kerana kesannya yang bukan sedikit terhadap pembangunan negara dari dulu sehingga kini.
     Justeru, pengetahuan terhadap sejarah adalah kata kuncinya. Orang cerdik pandai sering berkata, sejarah merupakan guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan.
     Pengetahuan dan pemahaman dalam sejarah negara adalah amat penting kerana ia adalah akar tunjang sesuatu bangsa. Kerana itu, pengetahuan tentang sejarah negara ini adalah kunci kepada perpaduan dan persefahaman antara kaum.
     Apa salahnya pelbagai kaum dikumpulkan dalam satu kem. Kem yang pelbagai kaum hidup rukun damai mencerminkan perpaduan erat rakyat Malaysia sejak awal kemerdekaan lagi.
     Sebab itu, sejarah perlu dijadikan bahan rujukan dalam apa jua isu berbangkit mengenai negara bangsa ini. Pun begitu, apa yang berlaku kini adalah cabaran dalam menegak dan memperkasa sejarah negara, bukan sahaja terhadap golongan muda tetapi golongan terdahulu seperti LKS yang mencuit RAMD melalui isu politik semasa PRK Teluk Intan baru-baru ini.
     Terdapat generasi terdahulu yang buta sejarah tetapi pada masa yang sama kecenderungan untuk campur tangan dalam mempertikaikan sejarah sekaligus mengelirukan ramai pihak termasuk warga ATM yang tidak ambil hal mengenai erti sejarah.
     Carilah sebabnya RAMD hanya untuk orang Melayu yang tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan dan generasi baru orang Melayu harus mengemas-kini data mengenai hal ini. Jadilah bijak bistari dalam menegakkan kebenaran dan memastikan tidak ada puak di dalam mana-mana kem tentera. Carilah jalan agar nama-nama kem ke arah nama di dalam bahasa Melayu dan anggotanya berbahasa Melayu dan satukan bukan Melayu ke arah pencapaian etika Melayu dari semua sudut.

No comments:

Post a Comment