...sanggup berdepan cabaran lasak ala ketenteraan yang meranggut jantung penuh debaran setiap kali melaksanakan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa tanpa tentu masa, ketika dan kerenah pihak atasan ketika bertugas merupakan dilema setiap wira negara. Cabaran lasak merupakan rutin harian setiap petugas tentera yang ingin berkhidmat di dalam mana-mana institusi ketenteraan dan situasi ini akan berterusan sejak dari era pemodenan ketenteraan itu sendiri. Mana ada masa rehat, cakap bersopan, sunyi dari derupan kasut dan panas mentari, sejuk membeku dan pelbagai suasana tanpa dijangka samada di hutan, di gunung dan sungai yang mengalir deras airnya mahupun padang yag kontang tanpa air biarpun setitik. Pandai-pandailah menyesuaikan diri wahai wira-wiraku...kata pujangga yang hanya pandai memahat kata di tulisan yang indah dan berbunga!
...dalam kalendar tahunan dipenuhi dengan jadual yang ketat, aku pernah menjadi seorang Sapper - setiap hari menjalani rutin bangun pagi kemas diri, kemas capoi dan minum pagi seawal mungkin menghirup kopi, roti kukus dan telur rebus...baris pagi, ikuti tugas yang telah diarahkan oleh pihak atasan pasukan dan seterusnya...tak payah fikir-fikir jauh, terus laksanakan!
...pernah melaksanakan tugas RSM selama mereka bercuti untuk beberapa hari. Kali pertama ketika RSM terpaksa cuti untuk pemberhentian dari perkhidmatan semasa bertugas di Jabatanarah Jurutera dan kali kedua di unit 91 Rej Bina RAJD, kelam-kabut juga bila kena buat aduan atas kesalahan disiplin anggota bawahan. Puas merujuk sana-sini, bertanya sana-sini serta berteleku merungkai pelbagai masalah kerja...bukan senang bila jadi RSM!
...pernah jadi 2ic pasukan, banyak cabaran datang setiap saat, minit dan jam yang perlu diselesaikan melibatkan perkara G,A dan Q...mesti diutamakan mesej jenis A,B dan seterusnya C. Bukan senang nak jaga hati OC, tidak senang juga nak selesaikan kerja yang bertubi-tubi datang tanpa dijangka. Yang itu tugas hakiki dan tugas sampingan pula...nak tutup akaun TKR, akaun Mes dan akaun Projek Jurutera. Apa lagi akaun Rumahtangga dan akaun BAKAT serta akaun Peribadi....
No comments:
Post a Comment