Pada mulanya, sistem pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu hanyalah berdasarkan pengajian berkaitan agama Islam. oleh sebab itu, telah wujudnya sekolah pondok yang membolehkan masyarakat dahulu mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam.
Bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam sistem sekolah pondok ini kerana ia tidak dapat melahirkan golongan Islam yang moden disebabkan tiada penekanan terhadap pelajaran lain selain daripada pelajaran agama Islam.
Sekolah Melayu telah mula ditubuhkan pada sekitar 1800-an dengan tujuan utama untuk membasmi buta huruf dalam kalangan kanak-kanak Melayu seramai yang mungkin. Justeru, tiada had umur minimum kanak-kanak yang belajar di sekolah Melayu di Perak pada ketika itu. Secara purata umur kanak-kanak ke sekolah di Perak pada tahun 1890 ialah 9.2 tahun dan tiada yang di bawah umur 6 tahun. Namun demikian, ada yang berumur 18 tahun.
Peralihan dari sekolah pondok kepada sekolah Melayu pada tahun 1916 melalui laporan seorang pegawai pentadbir Malaya, R.O.Winstedt yang menjadi satu titik pemisahan antara zaman permulaan sekolah Melayu dengan zaman awal pemerintahan Inggeris.
Beliau mengesyorkan untuk menubuhkan sebuah maktab perguruan tunggal bagi semua guru pelatih di Tanah Melayu dan merangka satu polisi mewujudkan satu sistem pelajaran yang baik bagi Sekolah Rendah Melayu.
Atok kepada atokku bersekolah cara lama dan atokku, Hj Abu Bakar pula bersekolah pondok, ayahku bersekolah Melayu bertujuan memberikan pelajaran kepada anak-anak Melayu menerusi bahasa ibunda sahaja. Pada ketika itu, anak-anak Melayu perlu menerima pelajaran demi mencari nafkah sebagai nelayan, petani, penoreh getah, pekedai dan yang berkaitan dengan pekerjaan kampung.
Aku pula bersekolah di sekolah kebangsaan sejak tahun 1968 yang gurunya terdiri daripada orang Melayu, lulus ujian penilaian darjah 5 untuk melayakkan memasuki sekolah berasrama selepas darjah 6 dan aku layak memasuki Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Kawan karibku, Dr Syamsul Anwar ke MRSM Kuantan; Saidani ke Sekolah Sains Bukit Mertajam, kini peguam; Nasir Khan ke Sekolah KE VII Taiping, kini CEO Angkasa; Ustazah Hafizah ke Sekolah Takyah, Ipoh dan aku berkhidmat sebagai pegawai tentera di dalam unit RAJD membantu pembangunan negara terutama di dalam membina laluan jalan-jalan RE sejak sebelum merdeka terutama jalan Lasah-Jalong, Nami-Naka, KK ke Kudat, Lebuhraya Timur-Barat dan seumpamanya. Aku sempat melihat gambar lama, menyelongkar sejarah dan bertanya kepada skuad RAJD veteran samada yang berkhidmat di zaman British atau selepas merdeka.
Tidak lupa kepada rakan-rakan yang berkhidmat di dalam pelbagai pekerjaan hasil semangat patriotik umat Melayu yang memasuki bidang politik, akademik, sosial dan pelbagai. Mereka juga ada semangat patriotik dan membanggakan generasi demi generasi kerana berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya memasuki menara gading. Syabas!
No comments:
Post a Comment