Muzium Tentera Darat terletak di Port Dickson dan ditubuhkan selepas Millenium 2000. Aku pernah bertugas di Kem Sebatang Karah jarak dari bandarnya sejauh 10 batu. Waktu itu, air lautnya bersih dan pengunjung silih berganti bermandi manda setiap hujung minggu...
Muzium adalah khazanah terpenting umat manusia kerana ia bertanggungjawab memulihara artifak dan mentafsir mentifak ketamadunan. Perkara itu, akhirnya mampu membuatkan manusia memahami sejarah bangsa dan agama, pencapaian dan kegagalan dan paling penting menyelusuri ketamadunan manusia.
Fungsi muzium sebagai tempat menyimpan khazanah perlu diperkukuhkan kerana artifak yang terpilih mewakili zaman dan budaya, menemukan tradisi dan tamadun dan ia memberi makna mengenai masa silam.
Memahami masa silam amat penting kerana wujud kesinambungan antara masa lalu, hari ini dan masa depan.
Rekod yang lalu bukan saja terkandung kisah dan sejarah, bahkan tersirat tafsiran yang pelbagai.
Muzium RAJD terletak di dalam kawasan strategik SJTD. Nak masuknya tanpa tiket tetapi diawasi setiap masa kerana di dalamnya banyak sekali bahan letupan dan bom palsu. Makanya, Kurator yang bertanggungjawab perlulah membuat tafsiran terhadap sejarah jurutera tentera sejak awalan lagi. Muzium Jurutera haruslah berusaha memahamkan sejarah kepada warganya kerana tanpa memahami sejarah akan mengakibatkan manusia tidak mengenal siapa dirinya.
Aku mengalami situasi ini, sejak memasuki perkhidmatan ketenteraan tanpa diajar sejarah walaupun aku tercari-cari apa dia unit jurutera combat kerana seawal kursus, aku dimestikan mengikuti kursus combat jurutera kelas 2. Tanpa menoleh ke belakang, kami diajar pelbagai bidang kejuruteraan hal basic..hilang semangat combat!..dulu, tahun 1978 - ada cerita combat setiap minggu, itulah semangat kuat kenapa aku masuk askar.
Begitu juga pencapaian dan kegagalan kita. Bagaimana kita belajar daripada kegagalan dan bagaimana cara untuk tidak mengulangi kesilapan.
Justeru, muzium bukan saja patut dilihat sebagai tempat menyimpan barang lama, malah manusia hari ini harus reflektif kerana artifak dan antikuiti yang ada hari ini terkandung mesej tertentu untuk direnunungkan.
No comments:
Post a Comment