Monday, 9 June 2014

gelagat orang taiping yang ku kenali

bila orang pencen balik taiping, perkara utama yang dicari ialah taman tasik taiping...kenapa?

mengikut ceritanya, di taman tasik tempat bermadu kasih siang mahupun malam. maka, banyaklah sekuter dan vespa bermaharaja lela sekitar taman tasik pagi dan petang membawa mambang di awan makan cendol bungkus sambil menghirup angin petang...

apa  lagi, kem askar keliling taiping, maka berpusu-pusulah orang bukit gantang, selama dan bagan serai datang bertandang ke pasar taiping, agar diekori oleh mat soja untuk dipikat,...untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

kini, mat soja tak naik bas lagi tapi dah ada kereta...jauhlah perginya kekadang sampai ke Penang, Ipoh, tengah bulan kat air terjun trong.

seperkara peel orang taiping yang aku jumpa, pantang kutuk zaman british tak guna..dia sangat fanatik, jangan cuba pelekeh tentera british dan suku sakatnya...yang sebelah pihak pula, pantang sebut pasal british terus dibentak kerana kurang ajarnya mereka bila berkuasa.

tetapi, orang taiping pelbagai gelagat. Yang melayu katanya dialah buka taiping, yang cina, india dan sikh pun kata begitu...habis siapa yang betul...tapi yang aku lihat, suasana di taiping, harmoni...cina kahwin dengan sikh, india kahwin dengan cina dan pelbagai rupa bentuk muka anak-anak sekolah di taiping...aku pernah jadi Pengerusi PIBG SK Treacher Methodist, pelbagai warna dan gelagat anak muridnya...

orang melayu kelab orang pencennya di masjid, orang cina dan india serta sikh dan juga serani memang ujud kelab-kelab sukan dan rekreasi masing-masing.

orang-orang di taiping suka beli payung, jalan dan naik basikal pun pegang payung...

nak murah beli singlet, belilah di taiping - 3 untuk harga rm10! dengar cerita orang lama, dulu-dulu meriah waktu malam tapi sekarang dah tak semacam itu...kini, orang zaman 60-an, tak kira bangsa akan berkumpul di mana-mana kelab untuk memetik gitar dan pukul dram...biar badan saja tua, hati mau muda - itu kata mereka.

...pagi minggu, orang-orangnya turun Taman Tasik, berlari pusing tasik berkali-kali sampai letih, lepak minum bertukar gerai demi gerai sebelum balik rumah masing-masing...


No comments:

Post a Comment