Sunday, 8 June 2014

Capt Speedy sampai ke pengetahuan Kapt Jamil

...bila sebut nama Capt Speedy, ia perancang utama bandar moden Taiping dan pekerja yang dibayar upah oleh tokoh korporat zaman itu, Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Tempat tinggalnya terletak di Matang bersebelahan dengan Kota Ngah Ibrahim dan berulang-alik menaiki kereta kuda kepunyaan Tengku Menteri membangunkan Kota Taiping.

Hari ini, Taiping meninggalkan sejarah tersendiri untuk diketahui oleh generasi sekarang yang mempunyai 99 kisah pertama tercipta samada dari segi sejarahnya, bangunannya, idea dan inovasinya, penempatannya, sukannya, keselamatannya dan seumpamanya.

Apakah tidak ada nama sebaik Capt Speedy yang boleh diangkat untuk menjadikan tokoh sebenar kepada keutuhan Taiping Bandar Warisan yang bersejarah itu. Ini semua bertitik tolak daripada perjanjian yang termeterai di atas kapal Pluto pada 1874 di Pulau Pangkor. Agaknya, selepas perjanjian itu menyatakan bahawa orang Melayu biar duduk diam walaupun pandai di dalam segala bidang. Apalah guna pandai pisau, pandai keris dan pandai lembing tetapi yang menjualnya orang lain.

 Dengar ceritanya, orang Melayu sejak dahulu kala memang pandai membuat kraftangan daripada bahan yang mudah tumbuh seperti mengkuang, lidi dan tekad benang emas namun untuk memasarnya perlu tenaga upahan. Akhirnya pihak peraih mendapat untung berlipat kali ganda dan orang mahir tadi menjilat jari hingga tersungkur jemu  dan lesu. Kembalilah mereka membuang masa dengan menangkap ketam di pinggir-pinggir sungai di Kuala Trong, memburu rusa di pinggir bukit di kaki Gunung Bubu serta melepak-melata di pinggir kedai kopi Cina dan India yang belum pasti halal-haram buatannya.

Hari ini, pinggir-pinggir itu telah menjadi kompleks kediaman mewah, bangunan serba lengkap dan industri produk pelbagai guna untuk orang Melayu juga sebagai pembeli utama. Taiping hanya layak sebagai tempat orang pencen berehat tetapi cendol tetap ditagih setiap cuti sekolah kepada orang pemastautin Taiping yang tinggal di Kuala Lumpur. Mamak cendol tumbuh di merata simpang dan yang paling mengecewakan, makanan hailam ditagih oleh orang kerajaan yang bekerja di sekitarnya hinggakan menjadi kebanggaan kepada mereka kerana berani masuk restoren Cina. Siapa ajar kita makan di situ...

Menurut Tuan Syed, Kurator Muzium Zon Tengah - replika patung Capt Speedy yang asalnya berada di Muzium Taiping itu ditukar tempat ke Markas Tentera, dan 2 buah meriam besi yang berada di situ kini diletakkan di hadapan Muzium Taiping.

Capt Speedy, seorang mubaligh Kristian dan merupakan ketua polis di Penang, di ambil oleh Ngah Ibrahim untuk menjadi pengawal beliau seterusnya memanupulasi hal ehwal Tengku Menteri ketika ketiadaan beliau dan mengheret pelbagai masalah sosial di Taiping.

No comments:

Post a Comment