Tentera dan rakyat berpisah tiada. Dari rakyat biasa yang tinggal di kampung, memasuki UPNM selepas mempunyai sijil cemerlang peringkat SPM lalu menjalani kuliah di kampus dan lapangan untuk latihan ketenteraan lalu menamatkan pengajian bergelar graduan dan diberikan pangkat Kaptan. Maka balik ke pasukan yang terdiri daripada satu-satu unit yang telah beberapa tahun mengamalkan amalan rutin - baris pagi, minum jam 10, rehat tengahari dan baris petang. Malam, ikut suka hati...
Beli kereta murah, jalan-jalan dan esok ada kerja, kursus dan jalan-jalan serta ditugaskan keluar negara. Maka, seramai mungkin anak orang Melayu akan membuat kerja yang sama setiap ketika. Apabila ada sedikit paku atas bahu yang berkilau emas menganggap itulah kerja sehingga penghujung khidmat. Lalu, berkahwin dan beranak serta berpencen. Selepas pencen, barulah terfikir nak jadi JDM!
Di dalam perkhidmatan tidak dibenarkan berpolitik tetapi perlu mengundi. Keliru lagi...
Bila mengundi suami dan isteri dikira berpolitik...sejak Pilihan Raya Umum ke-12, aku melihat keadaan politik dalam negara dan tempias ekonomi dunia amat membimbangkan hingga memaksa aku mencari jalan keluar yang sesuai untuk membina keluarga.
No comments:
Post a Comment