Terletak di atas Bukit Chandan, Kuala Kangsar sebelah kiri Sungai Perak mudik ke hulu merupakan masjid yang terindah di zamannya hingga ke hari ini. Liputan TV3 secara langsung semasa hari pemakaman almarhum Sultan Azlan Shah memaparkan kehebatan Masjid Ubudiah dibina atas titah Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 kerana menunaikan nazar baginda.
Masjid yang mempunyai pengaruh seni bina Islam India ini telah di reka bentuk oleh A.B. Hubback, seorang arkitek kerajaan. Sementara kerja-kerja pelaksanaannya telah di letakkan di bawah kelolaan Gufield, Ketua Jurutera Negeri Perak. Pada 26 Sep 1913, satu upacara peletakan batu asas bagi masjid ini telah diadakan. Sultan Idris telah menyempurnakan majlis ini, yang turut dihadiri oleh Sir Arthur Young, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pembesar-pembesar lain.
Bangunan masjid ini mempunyai bentuk segi lapan dan ukuran keseluruhan segi lapan ini adalah 96 kaki mengikut garis puratanya, di mana kawasan masjid sebenar meliputi 60 kaki. Kedudukan mihrab masjid ini terletak di bahagian barat lautnya sementara di bahagian timur lautnya di tempatkan tangki air dan kawasan mengambil air sembahyang. Kawasan ini juga berbentuk segi lapan yang mempunyai garis pusat 30 kaki. Di samping itu, di bahagian tenggara dan barat daya masjid ini disediakan serambi seluas 27 kaki persegi. Keseluruhan bangunan masjid ini dikelilingi oleh dinding berhias sepanjang 135 kaki bermula daripada tengah bangunan dengan dua pintu masuk dan pintu pagar. Oleh kerana reka bentuknya dipengaruhi oleh seni bina Islam -India maka terdapat banyak kubah-kubah, minaret-minaret dan arch. Pembinaan masjid ini pada keseluruhannya menggunakan batu-batu konkrit.
Selepas 61 tahun penubuhan Rejimen Askar Jurutera DiRaja amatlah bangga sekiranya 91 Rejimen Pembinaan RAJD dapat membina sebuah masjid samada jenis masjid negeri, daerah atau mukim untuk dimanfaatkan sebagai sejarah negara seperti mana Mr A.B. Hubback telah menempah nama membina Masjid Ubudiah dan Masjid Jamek di Jalan Masjid India.
No comments:
Post a Comment