Monday, 9 June 2014

Taiping Bandar Warisan

Taiping Bandar Warisan antara khazanah alam Perak yang amat berpotensi dimajukan sebagai pusat pelancongan terulung di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah negeri bersebelahannya Kompleks Hutan Belum-Temenggor dan Lumut Bandar Maritim. Keunikan negeri Perak memang sepatutnya diketahui oleh pelancong di dalam negeri dan luar negara.

Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan pelbagai guna termasuk sejarah, pendidikan, agro dan eko. Antaranya warisan sejarah yang ditinggalkan oleh Menteri Larut, Orang Kaya Ngah Ibrahim yang meninggalkan Kota Ngah Ibrahim Matang. Bapanya pula meninggalkan sebuah kota yang dinamakan Kota Long Jaafar Bukit Gantang.

Bermulanya kisah Taiping moden, selepas tahun 1874 dengan menjadikan Taiping sebagai ibukota negeri Perak. Kini, tinggalannya sudah berusia 235 tahun, dengan kisah pelbagai versi merangkumi sepanjang zaman dari dulu hingga kini.

Kini, Taiping masih tenang, damai dan aman untuk pengunjung yang suka leka dengan hiruk-pikuk kota. Perubahan sama di sepanjang jalan taming sari dan jalan kota masih perlahan. Ianya merupakan satu daya tarikan istimewa di sektor pelancongan kerana kenyamanan, pelayanan warganya, keindahan lokasi serta kreativiti dan inovasi reka bentuk bangunan lamanya yang kelihatan diwarnakan mengikut acuan moden.

Aku sempat mengukir sejarah di tempat sejarah ini dengan mendiami daratannya di kuarters pegawai yang terletak bersebelahan MRSM Taiping di kaki Bukit Larut di dalam kawasan Taman Tasik Taiping sejak tahun 2001. Bermula tarikh itu, sedikit demi sedikit aku mulai mengenali setiap sudut daratannya yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Antaranya misteri tanah rendah dan tanah tinggi, misteri terowong 3 pintu utamanya, misteri Rumah Katangga, misteri demi misteri yang ditinggalkan oleh tentera British dan Tentera Jepun serta tentera yang terdiri daripada negara komanwel semasa Perang Dunia Kedua.

Tidak kurang juga, aku telah menjelajah melalui ruang udaranya melihat setiap sudut daerah ini pada tahun 2003 mengikut ketinggian 300 kaki dengan pesawat Nuri...terlihat bumbung rumah memenuhi ruang samada tepi bukit, lurah, tasik ditimbus, kuarters diroboh, jalan keretapi lama dihapus dan pokok-pokok mampus serta pupus ditelan jentolak mentadak meradak bukit memuas tekak pemaju yang tak cukup tanah nak buat rumah bagi penghuni yang berkehendak rumah dalam suasana dingin angin bukit. Hari ini hujan jarang turun di Taiping, cuaca semakin panas dan croos street semakin celaru...haru-biru tanpa traffic light; ada 11 cross melintasi jalan taming sari...  

No comments:

Post a Comment