Tuesday, 10 June 2014

Does Army Experience Help Your Civilian Career?

Tidak semua yang masuk tentera kerana kecewa, putus cinta, mabuk kepayang, cinta buta, kahwin cina buta, putus arang dengan adik-beradik, belakang parang, anak ikan, tapai, gengster curi getah...malah tak dapat sambung belajar, tak cukup duit bayar kolej, malahan malas nak baca buku lagi.

Di dalam bidang ketenteraan, habis tempoh bertenang selama 6 bulan atau 9 bulan, maka bertebaranlah kekawan ke ceruk rantau mencari lubuk untuk didiami samada ke mana saja dihantar, disitu dicari bekal hidup, pengalaman dan dugaan berjumpa  pelbagai bentuk, karekter manusia di tempat baru yang kali pertama dijumpai...

Bagi jejaka yang kali pertama bekerja, inilah peluang mencari sebanyak mungkin pengalaman untuk mencuba bina kehidupan yang lebih cemerlang. Yang ada pengalaman di luar sebelum masuk tentera, sesuaikanlah diri kerana ada baiknya di dalam tentera terus menyambung pelajaran tanpa had.

Biasanya peluang kursus akan digunakan sebaik mungkin untuk kenaikan pangkat lebih cepat. Aku naik pangkat Sarjan sebelum 10 tahun perkhidmatan dan menjadi pegawai dengan pangkat Leftenan semasa 15 tahun perkhidmatan...

Pengalaman menduduki 3 Wisma yang melambangkan 3 lapis hirarki mematangkan pengalaman ketenteraanku. Semasa aku di Wisma Pertanda ketika di PULNORD; Wisma Bintara ketika di MINDEF dan Wisma Perwira ketika di 91 RAJD, 92 RAJD, 7 RAJD dan 1 RAJD.

Ketika berkawan di dalam mana-mana wisma, cara bersosial ada perbezaan; apalagi cara berpakaian dan kehidupan di dalam wisma mengajar kita beretika yang baik kepada kekawan. Kita menghormati orang yang lebih kanan walaupun itu kawan baik kita, apabila dia dilantik sebagai YDP, maka kita harus hormat lebih kepadanya dan saling membantunya agar segala cadangan dan rancangan akan berjaya dilaksanakan. Apalagi kiranya kita buat begitu semasa berorganisasi semasa menjalankan operasi, latihan, kursus, tugas dan tanggungjawab.

Aku berpengalaman menjadi bendahari dan setiausaha Wisma Perwira ketika aku menjawat Penolong Pegawai Pemerintah unit 1 Skn RAJD di Kem Sanggro. Bayangkan bagaimana bekerja 25 jam sehari semalam untuk memastikan unit di dalam jagaan, akaun di dalam jagaan, kenderaan keluar-masuk di dalam jagaan, anak buah di dalam jagaan serta anak dan isteri, isteri-isteri anak buah, anak-anak anak buah dan seumpamanya beroleh keselamatan dan kesejahteraan.

No comments:

Post a Comment